Gear

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW XM Label Red dan BMW M 1000 R Harga Bermula RM939k

BMW Malaysia hari ini telah merungkaikan dua model berjata M sulung yang baharu, satu di bawah jenama BMW dan satu lagi di bawah BMW Motorrad. Jentera BMW XM Label Red baharu dirumus untuk menunaikan janji Sheer Driving Pleasure dengan mengetengahkan elemen kuasa dan kemewahannya, turut hadir dengan lebih 50 opsyen warna bagi memaksimumkan aspek personalisasi.

Motosikal roadster super sport BMW M 1000 R

Sementara motosikal roadster super sport BMW M 1000 R yang baharu pula tiba dengan keeksklusifan premium serta dinamik tunggangan yang tiada bandingannya.

BMW XM Label Red Baharu.

BMW XM Label Red baharu menggabungkan sistem BMW M Hybrid yang efisien dengan enjin V8 M TwinPower Turbo 4.4 liter untuk membekalkan kuasa setinggi 748 kk (550kW). Dengan puncak tork bernilai 1,000Nm, BMW XM Label Red baharu mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100km/j hanya dalam masa 3.8 saat. Sistem BMW M Hybrid tersebut juga menjamin tahap keefisienan yang tinggi, membekalkan jarak operasi elektrik sejauh 83 kilometer (WLTP).

Dalam BMW XM Label Red baharu, iras yang sinonim dengan BMW XM turut diperkayakan dengan dua opsyen warna baharu bagi jalur aksennya, iaitu Toronto Red atau Shadowline – kedua-duanya disempurnakan dengan garis bentuk merah pada designasi model ‘XM’ yang terletak di pintu hadapan.

BMW XM Label Red baharu dapat disuaikan dengan 50 opsyen warna dan para pengguna boleh memvisualkan padanan warna tersebut dengan kemudahan BMW Individual Visualizer. SAV baharu ini juga hadir dengan dua opsyen roda yang baharu sebagai elemen individualiti tambahan, iaitu set roda aloi ringan M 22 inci dwiwarna dengan aksen merah yang sepadan dengan jalur aksen Toronto Red, atau set roda aloi ringan M 23 inci dwiwarna dengan aksen hitam dalam penggayaan Star Spoke, sepadan dengan jalur aksen Shadowline.

Harga runcit bagi BMW XM Label Red baharu dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW XM Label Red Baharu- RM1,615,800.00
BMW XM Label Red Baharu (LKW) – RM 939,800.00

Para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW XM Label Red baharu atau sila layari www.bmw.com.my.

Tags