Pelakon filem Star Trek Beyond, Anton Yelchin, 27, dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

anton 1

Yelchin dilaporkan ditemui tersepit antara kereta dan pagar di rumahnya kira-kira jam 1 pagi, lapor The Washington Post.

Yelchin sebelum itu mahu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka, kerana Yelkchin tidak muncul untuk pertemuan itu, rakannya kemudiannya ke rumah Yelchin.

anton4

Rakan Yelchin kemudiannya menemui mayat pelakon itu dalam keadaan tersepit dan ketika ditemui, kenderaan itu diletakkan dalam gear β€˜Neutral’.

anton5

Polis bagaimanapun mengesahkan bahawa tiada sebarang perbuatan khianat berhubung kejadian itu.

Yelchin terkenal dengan watak sebagai Chekov dalam sekuel baru Star Trek yang akan ditayangkan bulan depan.

BACA  Lelaki Ini Cari Pembantu Peribadi Untuk Travelling Keliling Dunia. Gaji Sebanyak RM214 Ribu!