Aplikasi

inDrive Menerima Lesen Pengantaraan Perniagaan (LPP) Daripada APAD

inDrive telah menyelesaikan semua perkara yang berkaitan dengan Lesen Pengantaraan Perniagaan (LPP) yang diperlukan untuk perkhidmatan ride-hailing beroperasi secara rasmi di Malaysia. Mereka menerima LPP daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 15 Jun 2023 selepas pemeriksaan ketat terhadap aplikasi mereka untuk memastikan mereka memenuhi semua keperluan yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh peraturan.

Akreditasi daripada APAD adalah bukti komitmen mereka untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang dan menyediakan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai. Berikutan penglibatan mereka dengan APAD, mereka telah melaksanakan penambahbaikan pada ciri keselamatan sedia ada, selaras dengan keperluan pematuhan lesen.

Dalam pada itu inDrive ingin mengucapkan terima kasih kepada APAD atas bimbingan  yang membolehkan mereka terus menyumbang kepada pembangunan industri ride-hailing dan sektor pengangkutan awam Malaysia.

inDriver, salah satu aplikasi e-panggilan paling terkenal di dunia telah memulakan operasi secara rasmi di Malaysia beberapa tahun yang lalu dan menawarkan perkhidmatan e-panggilan yang unik di mana penumpang dan pemandu bebas merunding tambang perjalanan.

Aplikasi inDriver boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple AppStore, Huawei AppGallery.

Tags