Aplikasi

Muslim Pro Mencapai 150 Juta Muat Turun Global, Bersedia Untuk Melabur Jutaan Ringgit di Malaysia

Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia, telah mencapai pencapaian yang sangat memberangsangkan dimana Muslim Pro telah berjaya melepasi 150 juta muat turun di seluruh dunia, dan dengan ini Muslim Pro telah menetapkan beberapa peringkat untuk rancangan besar dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Aplikasi ini bermula pada tahun 2009, sebagai satu cara untuk memudahkan berjuta-juta umat Islam untuk beribadah dimana jua mereka berada. Sejak itu, aplikasi ini telah diterjemahkan ke dalam 22 bahasa dengan lebih daripada 60 terjemahan al-Quran tersedia dalam aplikasi. Ia semakin berkembang di Malaysia apabila perkhidmatan penstriman, Qalbox, diperkenalkan ke dalam aplikasi itu pada Disember 2022.

Fara Abdullah, co-CEO Bitsmedia

“Dalam meraikan pencapaian ini, kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa sebanyak 12 juta muat turun merupakan daripada pengguna Malaysia. Kejayaan ini menandakan Malaysia memainkan peranan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan penting bagi Muslim Pro dan Qalbox. Berkat sokongan pengguna aplikasi kami, Muslim Pro merupakan aplikasi mudah alih nombor satu yang paling banyak dimuat turun di Malaysia sepanjang Ramadan yang lalu dalam semua kategori”- kata Fara Abdullah, co-CEO Bitsmedia.

“Kami juga ingin menghubungkan kejayaan kami kepada kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat seperti Maxis dan Viu Malaysia yang memainkan peranan penting dalam kejayaan kami.”

Bitsmedia, syarikat induk bagi Muslim Pro dan Qalbox, sentiasa melihat Malaysia sebagai pemacu pertumbuhan utama bagi aplikasi ini kerana komuniti Muslim yang berpengaruh di Malaysia.

Nik Emir Din, co-CEO Bitsmedia

Dengan membina kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat seperti Maxis dan Viu, Muslim Pro telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain penting di pasaran Malaysia. Untuk menunjukkan komitmen mereka, Muslim Pro merancang untuk mengambil langkah yang besar dengan melipatgandakan pasukan tempatan mereka tiga kali ganda dalam tempoh 24 bulan yang akan datang.

Nik Emir Din, co-CEO Bitsmedia, menambah,

“Dengan pembiayaan yang kami terima daripada rakan kongsi tempatan Bintang Capital Partners dan Penjana Kapital Sdn. Bhd pada suku keempat tahun lalu, ditambah lagi dengan fakta bahawa Pasukan Pemerolehan Kandungan Global kami berpangkalan di pejabat Kuala Lumpur, kami akan mengembangkan lagi syarikat kami di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kandungan bagi rantau ini.”

Fara Abdullah turut menambah,

“Pelancaran Qalbox di Kuala Lumpur baru-baru ini bersama dengan pengambilan kandungan dari rakan kongsi seperti Astro, Pixel Play, dan Nads Media menunjukkan tekad kami untuk terlibat dan bekerjasama dengan pencipta kandungan lokal Malaysia, seperti Qalbox Original kami yang terbaru I Am Muslim dan & Food From the Heart.”

Sehingga kini, Bitsmedia telah membelanjakan lebih daripada RM 3 juta untuk bekerjasama dengan penyedia kandungan Malaysia, rumah produksi, dan syarikat pasca-produksi untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kandungan bagi rantau ini dan juga di peringkat global.

Dalam rancangan masa hadapan, Muslim Pro bertujuan untuk memperuntukkan 50% daripada bajet kandungan tahunan yang akan datang kepada pasaran Malaysia, dengan itu mengukuhkan komitmen mereka terhadap bekerjasama dengan bakat-bakat tempatan dan membina perkongsian kandungan yang kukuh. Ini selaras dengan aspirasi jangka panjang Muslim Pro dan Qalbox untuk menjadi jenama yang dikenali ramai di pasaran Malaysia.