Inovasi

Dilengkapi Ciri Cooling Sensation, Jom Lihat Inovatif Terbaru Tilam Coway PRIME Lite

Coway, ‘the Best Life Solution Company’ kini mengumumkan pelancaran produk terbarunya, tilam Coway PRIME Lite yang merupakan penambahan terbaharu dalam rangkaian tilam Coway PRIME Series. Tilam inovatif ini direka khas untuk menyediakan keselesaan dan sokongan optimum untuk tidur malam yang nyenyak serta menjadikan pagi anda lebih bertenaga.

Tilam Coway PRIME Lite membawa perubahan ketara dalam kualiti tidur pengguna. Kajian menunjukkan bahawa pagi yang lebih cergas adalah tanda-tanda tidur yang berkualiti, sesuatu yang boleh dikecapi dengan tilam Coway PRIME Lite. Tilam ini menyediakan persekitaran tidur yang kondusif yang menggalakkan tidur yang lena, mengurangkan sakit belakang dan gangguan lain yang boleh menyebabkan kekurangan tidur.

Edisi baharu dalam rangkaian tilam Coway PRIME Series ini menawarkan pelbagai ciri unik untuk memberikan pengalaman tidur yang terbaik. Ciri Cooling Sensation memastikan tilam anda tetap berkeadaan dingin dengan fabrik khas dan Ventilated Foam di mana ia membantu meningkatkan pengudaraan di antara lapisan dalaman.

Ciri-ciri ini akan memberikan pengalaman menyeluruh untuk memastikan tidur yang kekal selesa walaupun pada malam yang bersuhu tinggi. Selain itu, 5-Zone Pocket Spring memberikan keselesaan luar biasa dengan sokongan dari kepala hingga ke kaki (kepala, bahu, lumbar, pinggul dan kaki) yang konsisten. Tilam ini juga berupaya untuk mengurangkan pergerakan, supaya anda dapat tidur lena di samping yang tersayang. Selain itu, ia menyediakan sokongan yang mencukupi untuk penjajaran tulang belakang yang ideal, lantas membantu mengurangkan sakit badan dan meningkatkan kualiti tidur anda.

Sebagai inovator dan penjaga rakyat Malaysia, Coway sentiasa membawakan rangkaian perkhidmatan yang pelbagai. Selain menawarkan pengguna dengan produk dengan ciri-ciri terkini, tilam PRIME Lite juga dilengkapi dengan Servis Penjagaan Tilam 7-Langkah.

Ia juga disertakan dengan pelapik tilam yang boleh ditukar secara percuma* untuk memastikan tilam kekal dalam keadaan bersih untuk jangka masa yang lebih lama. Servis Penjagaan Tilam 7-Langkah ini dikendalikan oleh pakar profesional Coway sendiri untuk menghapuskan bahan pencemar yang tidak diingini seperti alergen, hama habuk dan mikrob tersembunyi untuk memastikan anda boleh dapatkan tidur yang selesa dan terjamin selamat dari kotoran pada setiap malam.

Selaras dengan misi Coway untuk membawa perubahan dalam kehidupan, pembuatan tilam PRIME Lite merupakan salah satu inisiatif untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan diri. Kajian menunjukkan bahawa tidur yang nyenyak mempunyai kaitan rapat dengan produktiviti kerja, apabila anda bangun pada pagi hari dengan segar, ini adalah tanda bahawa anda telah mendapat kuantiti dan kualiti tidur yang diperlukan. Dengan teknologi canggih dan ciri uniknya, tilam Coway PRIME Lite adalah penyelesaian yang sempurna untuk sesiapa sahaja bagi menambah baik kualiti kehidupan mereka. Bukan sahaja dari segi harga yang berpatutan, dengan harga berpatutan, melalui pengalaman tidur yang luar biasa yang pasti menjanjikan pagi yang lebih segar pada setiap hari.

Untuk maklumat lanjut tentang tilam Coway PRIME Lite, sila layari www.coway.com.my/primelite.

Tags