Gadget, Inovasi, Tech, Telefon Pintar

OPPO Lancar Siri Reno10 Terbaru! Pengecasan Pantas SUPERVOOC Sehingga 100W

Kuala Lumpur, 6 Jul 2023 — OPPO hari ini mengumumkan pelancaran siri Reno10 terbaru, yang menampilkan Reno10 Pro+ 5G, Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G. Dengan sistem kamera Potret Ultra-Jelas yang dilengkapi Kamera Potret Telefoto dengan sensor besar, Kamera Utama Ultra-Jelas, Kamera Swafoto Ultra-Jelas dan Kamera Ultra-Lebar 112° 8MP yang berkualiti tinggi, siri Reno10 menyediakan pengalaman pengimejan potret bertahap profesional yang dibina dalam reka bentuk yang nipis, ringan dan bergaya bagi siri OPPO Reno.

Bersama-sama dengan pengecasan pantas SUPERVOOCTM sehingga 100W, SoC yang berkuasa tinggi, Sistem Penyejukan Ultra Konduktif, Enjin Pengkomputeran Dinamik, ColorOS 13 dan bateri pengecasan pantas, selamat dan tahan lama yang disokong dengan Enjin Kesihatan Bateri OPPO dan cip pengurusan kuasa SUPERVOOC S, siri Reno10 mempunyai prestasi secara menyeluruh yang tiada tandingannya.

Reno10 Pro+ 5G dalam warna Glossy Purple

Pengalaman pengimejan potret bertaraf pro ini telah dibawakan ke siri Reno10 tanpa mengabaikan ketebalan, ringan dan reka bentuk yang bergaya. Berketebalan 8.28mm dan berat yang hanya 194g, Reno10 Pro+ 5G merupakan telefon pintar paling nipis di pasaran dilengkapi dengan kamera telefoto periskop. Bagi pengguna yang ingin memiliki telefon pintar berprestasi tinggi yang lebih nipis dan ringan, Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G merupakan pilihan anda di mana masing-masing mempunyai berat 185g2 dan berukuran 7.89mm dan 7.99mm, menawarkan prestasi profesional siri Reno10 dalam reka bentuk yang nipis dan ringan di mana tiada telefon pintar yang dapat menandinginya.

Ketiga-tiga telefon bimbit siri Reno10 menampilkan badan melengkung 3D yang direka dengan teliti untuk keselesaan yang lebih baik dan pegangan yang lebih mudah bersama papan skrin melengkung 3D 120Hz dengan bezel ultra sempit untuk pengalaman visual yang mengasyikkan dan tanpa batas. Siri telefon bimbit ini boleh diperolehi dalam pelbagai warna yang canggih dan bergaya. Ini termasuk Silvery Grey pada ketiga-tiga model, Glossy Purple pada Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G serta Ice Blue pada Reno10 5G.

Siri Reno10 memperkenalkan reka bentuk premium baharu mengelilingi modul kameranya. Hiasan modul lens dibahagikan kepada dua bahagian menggunakan proses penyambungan canggih untuk mencipta reka bentuk dua warna premium yang menambah penampilan berteknologi tinggi dan estetika professional pada telefon tersebut. Kedua-dua Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G direka dengan Matriks Kamera Laser-Centric yang inovatif menggabungkan tekstur umpama pancaran sinar laser yang berpusat di sekeliling kamera utama untuk memanipulasi cahaya dan bayang-bayang, melambangkan keupayaan kamera yang berkuasa.

Sistem Kamera Potret Ultra Jelas Menawarkan Pengalaman Tahap Profesional

Rekaan struktur kamera Reno10 Pro+ 5G

Reno10 Pro+ 5G membolehkan pengguna mengambil potret berkualiti profesional dengan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelasnya. Sebagai sebahagian daripada sistem ini, kamera potret telefoto 64MP pada Reno10 Pro+ 5G menyediakan jarak fokus setara 71 mm untuk imej potret yang kelihatan profesional. Bersama-sama dengan apertur f/2.5 yang besar, jarak fokus minimum 25cm dan sensor kamera 1/2″ yang besar, kamera potret telefoto Reno10 Pro+ 5G mencipta pengalaman pengambilan potret yang menakjubkan, membolehkan pengguna mengambil potret bertaraf profesional secara mudah dengan hanya satu klik.

Kamera potret telefoto 64MP pada Reno10 Pro+ 5G ini mempunyai megapiksel tertinggi berbanding dengan telefon pintar lain yang dilengkapi kamera telefoto yang berada di pasaran kini, dan kamera ini dilengkapi dengan teknologi OIS yang canggih untuk penstabilan imej yang lebih baik. Dengan adanya piksel yang lebih tinggi, sensor besar, zoom optikal 3 kali ganda dan teknologi zoom sensor dalaman OPPO, Reno10 Pro+ 5G turut menawarkan zoom 6 kali ultra-jelas bersama kualiti optikal yang tiada tandingannya. Dengan ciri-ciri ini, telefon pintar ini membolehkan pengguna menangkap gambar potret jarak dekat yang unggul.

Kamera potret telefoto tersedia pada ketiga-tiga model siri Reno10. Selain versi 64MP yang terdapat pada Reno10 Pro+ 5G, kedua-dua Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G turut dilengkapi dengan kamera potret telefoto 32MP yang dikuasakan oleh sensor IMX709 RGBW. Dengan susunan piksel 4-dalam-1 RGBW serba baharu yang direka bentuk bersama oleh OPPO dan Sony, IMX709 mempunyai piksel putih tambahan yang lebih sensitif kepada keamatan cahaya berbanding piksel RGB, meningkatkan tangkapan cahaya sebanyak 60% dan isyarat kepada kebisingan sebanyak 35% berbanding dengan sensor RGGB standard. Dengan zoom optik 2 kali ganda, kamera potret telefoto pada Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G menghasilkan imej potret berkualiti tinggi yang sempurna.

Selain kamera telefoto 64MP, sistem kamera belakang Reno10 Pro+ 5G juga termasuk Kamera Utama Ultra-Jelas 50MP dengan OIS dan sensor Sony IMX890, serta Kamera Ultra-Wide-Angle 112° 8MP dengan sensor Sony IMX355. Disokong oleh kelengkapan tiga kamera yang luar biasa ini, Reno10 Pro+ 5G menyediakan pelbagai ciri pengimejan yang mengagumkan termasuk Mod Pro-Potret, Video Pro-Potret dan Video Malam Ultra 4K/4K Ultra HDR Video untuk menghasilkan gambar dan rakaman bertaraf profesional.

Pencapaian dalam Pengimejan Potret Profesional

Modul Kamera Reno10 Pro+ 5G

Dengan Reno10 Pro+ 5G, OPPO telah mengembangkan kuasa seni bina pemprosesan imej baharunya dan prestasi lanjutan platform mudah alih dengan Snapdragon® 8+ Generasi Pertama yang membawakan kuasa pengimejan potret ke tahap yang lebih tinggi dalam telefon pintar. Seni bina pemprosesan imej baharu OPPO mengatasi batasan tradisional dalam kuasa pengkomputeran untuk menampilkan kekuatan penuh ISP dan GPU telefon serta memaksimumkan prestasi sensor pada ketiga-tiga kamera belakang demi meningkatkan tahap kejelasan imej, cahaya, bayang, dan warna. Dengan Sintesis Berbilang Bingkai Domain RAW, setiap bingkai yang dirakam dengan Reno10 Pro+ 5G diambil daripada sumber pada sensor imej dan dipertingkatkan melalui algoritma pemprosesan imej lanjutan termasuk AI denoising, AI Demosaicing dan Deep Pixel Fusion — di mana semuanya dilakukan dalam domain RAW. Ini memberikan peningkatan besar dalam kejelasan imej dan memulihkan hubungan antara cahaya dan bayangan untuk mencipta imej yang seumpama realiti. Kuasa pengkomputeran yang canggih ini juga memberikan tahap kelajuan dan ketepatan pemprosesan imej. Dengan ini, Reno10 Pro+ 5G boleh digunakan untuk menangkap cahaya pemandangan sebenar dan membawa kesan cahaya dan bayangan yang autentik kepada setiap imej potret.

Foto Potret diambil dengan Reno10 Pro+5G

Demi memastikan mepengalaman gambar potret yang unggul dari mulanya sehingga akhir, siri Reno10 juga memperkenalkan peningkatan pada skrin paparannya. Ketiga-tiga telefon menampilkan skrin paparan besar dengan sokongan sehingga 1 bilion warna dan kadar segera semula pada 120Hz. Reno10 Pro+ 5G meningkatkan nilainya dengan paparan tanpa sempadan Ultra-Jelas 1.5K yang mampu mencapai kecerahan 1100 nits berpadanan dengan Kawalan Paparan Pintar ProXDR terkemuka dalam industri. ProXDR menggunakan algoritma pengenalan imej berketepatan tinggi untuk mengesan maklumat sumber cahaya yang disimpan dalam data imej RAW secara automatik. Dengan menggunakan data ini, Reno10 Pro+ 5G boleh melaraskan kecerahan skrin secara setempat dalam kawasan imej yang bersesuaian untuk memberikan peningkatan sehingga 8 kali ganda dalam julat dinamik, membolehkan imej HDR akhirnya direproduksi dengan gambaran cahaya dan bayang yang paling tepat pada paparan telefon pintar.

Foto HDR diambil dengan Reno10 Pro+ 5G

Bermula dengan siri Reno10, OPPO juga melancarkan Projek Pakar Potret baharu yang bertujuan untuk memenuhi pelbagai keutamaan estetik dan visual serta menyediakan penggayaan imej yang lebih inklusif untuk pengguna globalnya. Sehingga kini, OPPO telah menjemput 4 jurugambar potret profesional dari negara berbeza melalui Projek Pakar Potret sebagai Kumpulan Pakar Potret, di mana kepakaran dan perspektif kepelbagaian budaya mereka telah digunakan demi mengoptimumkan teknologi Enjin Pakar Potret OPPO. Cadangan daripada jurugambar di seluruh dunia telah digunakan untuk mengubah suai fungsi seperti pengenalan subjek dan pemisahan watak dengan latar belakang, perlindungan ciri muka dan ton kulit, pengoptimuman kejelasan wajah dan penalaan cahaya dan bayang bertaraf pakar serta pengoptimuman latar belakang pada siri Reno10. Melalui Projek Pakar Potret dan Enjin Pakar Potret, OPPO akan kekal mengutamakan kepentingan pengguna, dan menyediakan ciri kamera yang lebih menakjubkan yang digabungkan dengan usaha pasukan dalaman profesional OPPO dan jurugambar global yang mempunyai gaya dan cita rasa tempatan masing-masing.

Bateri yang Berkuasa Tinggi, Selamat dan Tahan Lama

Tecknologi SUPERVOOCTM 100W Pengecasan Pantas 1 Reno10 Pro+ 5G

OPPO telah lama berada di barisan hadapan dalam menyediakan teknologi pengecasan yang lebih pantas dan lebih dipercayai. Pada siri Reno10, beberapa ciri telah diperkenalkan untuk meningkatkan lagi prestasi bateri dan pengecasannya.

Dengan adanya rangkaian perkakasan yang berkuasa, siri Reno10 menawarkan prestasi pengecasan bertaraf profesional secara menyeluruh. Melalui teknologi SUPERVOOCTM 100W pengecasan pantas OPPO1, bateri Reno10 Pro+ 5G 4,700mAh yang besar boleh mengecas sehingga 50% dalam 9 minit dan 30 saat, dan 100% pengecasan penuh dalam 27 minit. Manakala Reno10 Pro 5G dilengkapi dengan pengecasan pantas SUPERVOOC™ 80W, ia boleh dicas sehingga 100% dalam masa lebih kurang 30minit4. Akhirnya, Reno10 5G juga menawarkan pengecasan pantas SUPERVOOC™ 67W yang membolehkannya mengecas bateri sebesar 5,000mAH kepada 100% dalam masa kira-kira 47 minit.

Selain itu, dengan adanya Enjin Kesihatan Bateri eksklusif OPPO turut membantu memastikan bateri dalam keadaan baik sehingga sebanyak 1,600 kitaran pengecasan dan nyahcas — atau sekitar empat tahun penggunaan purata — manakala Cip Pengurusan Kuasa SUPERVOOC S2 miliki OPPO telah dibawakan ke siri Reno kali pertama bagi meningkatkan kecekapan bateri. SUPERVOOC S menggabungkan enam fungsi, termasuk mengecas, menyahcas, menyahkodan, reset, perlindungan bateri dan pemutus litar menjadi satu cip yang tunggal, membantu mengurangkan jumlah ruang yang diambil oleh komponen pengecasan pantas dalam telefon sehingga 45% dan meningkatkan kecekapan pelepasan kuasa bateri sehingga 99.5%.

Tecknologi SUPERVOOCTM 100W Pengecasan Pantas 1 Reno10 Pro+ 5G

Selain kelajuan, kecekapan dan jangka ketahanannya, Reno10 Pro+ 5G juga menjaminkan prestasi pengecasan yang lebih selamat dan dipercayai seperti yang diperakukan oleh Pensijilan Sistem Pengecasan Pantas dan Selamat TÜV Rheinland yang baharu.

ColorOS 13 yang Pintar dan Cekap

Dilengkapi dengan sistem operasi terkini OPPO, ColorOS 13, siri Reno10 menawarkan pengalaman pintar dan selamat dalam setiap aspek penggunaan kehidupan harian para pengguna.

Sambungan Berbilang Skrin OPPO telah dikemas kini untuk menyokong sambungan pintar antara siri Reno10, OPPO Pad Air dan komputer, membolehkan produktiviti yang lancar merentasi berbilang peranti. Sambungan dengan OPPO Enco Air 3 Pro membolehkan pengguna mengekalkan sambungan audio mereka pada kedua-dua peranti pada masa yang sama. Melalui AOD Pintar, pengguna siri Reno10 juga boleh mengawal pemain Spotify tanpa perlu membuka kunci telefon atau membuka aplikasi tersebut.

Privasi sentiasa menjadi keutamaan dalam peranti OPPO. Dengan set ciri privasi termasuk Auto Pixelate, hanya dengan satu klik, fungsi pintar ini boleh mengaburkan foto profil dan nama dalam tangkapan skrin sembang agar ia boleh dikongsi dengan mudah tanpa mendedahkan maklumat peribadi.

Di samping itu, siri Reno10 merupakan siri telefon pintar OPPO pertama yang menyokong alat kawalan jauh inframerah untuk peranti pintar seperti penghawa dingin, TV, kotak atas set dan banyak lagi, memberikan lebih banyak kemudahan dan kecekapan kepada kehidupan seharian melalui teknologi pintar.

Alat Kawalan Jauh Inframerah

Alat Kawalan Jauh Inframerah

ColorOS 13 pada siri Reno10 memperkenalkan rangkaian siri pengoptimuman yang direka bina untuk meningkatkan kedua-dua prestasi dan kelancaran pada peranti. Dibangunkan bersama antara OPPO dan Google, Enjin Pengkomputeran Dinamik pada siri Reno10 membolehkan kecekapan capaian memori dilaraskan secara dinamik sehingga 16 kali ganda kapasiti berbanding dengan sebelumnya, membolehkan penghantaran data yang lebih besar dan operasi yang lebih lancar untuk pelbagai aplikasi berat. Teknologi canggih ini, yang disokong melebihi 30 aplikasi paten global, membolehkan sehingga 44 aplikasi dibuka pada masa yang sama tanpa membebankan telefon menjadi perlahan. Penambahbaikan kelancaran keseluruhan telah menjadikan kedua-duanya Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G menerima Pengiktirafan Kelas A dalam Pensijilan Kelancaran TÜV SÜD 48-bulan dan Reno10 5G melepasi ujian kelancaran selama 48 bulan yang dijalankan oleh Makmal OPPO, menunjukkan keupayaan peranti ini menawarkan pengalaman pengguna yang lancar dan berpanjangan.

Ketersediaan dalam Pasaran

OPPO Reno10 boleh ditempah di Malaysia bermula dari 6 hingga 14 Julai 2023. Pelanggan yang membuat tempahan awal dalam tempoh ini akan menerima hadiah menarik seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.oppo.com/my/smartphones/series-reno/reno10-pro-plus/.

Tags