Tablet

Harga Samsung Galaxy Tab S9 Bermula RM3,699! Jom Lihat Perbezaannya Dengan Galaxy Tab S8

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan siri Galaxy Tab S9 baharunya, portfolio produk premium yang mentakrifkan semula landskap tablet dan menetapkan piawaian baharu untuk tontonan yang mengasyikkan dan kebebasan untuk berkarya.

Merentasi ketiga-tiga model, Galaxy Tab S9, S9+ dan S9 Ultra, paparan Dynamic AMOLED 2X menjamin pengalaman tontonan dan hiburan yang epik dengan kuasa Qualcomm Snapdragon® 8 Gen 2 untuk Galaxy. S Pen terpasang bertaraf IP68 membantu menghidupkan idea pengguna. Dan sebagai siri Galaxy Tab S pertama untuk memperoleh penarafan IP68, siri Galaxy Tab S9 membolehkan pengguna untuk berinspirasi, di dalam dan di luar.

Kembara Dunia Hiburan dan Inspirasi di mana jua

Tak kira sama ada menikmati permainan atau menghayati kandungan video, paparan Dynamic AMOLED 2X 14.6 inci Galaxy Tab S9 Ultra memberikan pengalaman hiburan yang mengasyikkan dan mudah alih. HDR10+ siri Galaxy Tab S9 menghidupkan kandungan kegemaran dengan pelbagai warna dan kecerahan optimum bagi setiap adegan, dari suatu gambar ke gambar yang seterusnya.

Kadar penyegaran dinamik siri Galaxy Tab S9 melaraskan dari 60 hingga 120Hz secara automatik  untuk mengimbangi keresponsif lancar dengan kecekapan bateri yang telah dioptimumkan. Ciri Eye Comfort juga mengurangkan ketegangan mata dengan cahaya biru yang telah dikurangkan lebih daripada 70 peratus. Ia menghidupkan butiran yang terperinci, menampakkan kandungan seperti fotografi, pelan tindakan, animasi dan banyak lagi dengan jelas sekali. Selain itu, nisbah aspek 16:10 mempersembahkan kandungan TV dan filem dengan penuh kesetiaan terhadap visi penerbit.

Dynamic AMOLED 2X 14.6 inci Galaxy Tab S9 Ultra

Kandungan hiburan pada siri Galaxy Tab S9 dipertingkatkan dengan prestasi audio yang meluas, disampaikan melalui pembesar suara quad 20% yang lebih besar, menurut sistem pembesar suara AKG dan suara imersif Dolby Atmos. Untuk memastikan pengalaman bunyi sinematik, pengguna Galaxy Tab S9 juga diberi pilihan daripada pelbagai tetapan bunyi tersuai samada untuk permainan video, mendengar muzik, menerima panggilan video dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin menikmati hiburan mereka di luar rumah, ciri Vision Booster yang inovatif kini hadir pada siri Galaxy Tab S9. Ia secara automatik mengesan keadaan pencahayaan terang dan menyesuaikan diri untuk memastikan skrin kekal terang. Dan dengan Smart Book Cover yang berupaya berdiri sendiri, laraskan peranti kepada orientasi potret atau landskap untuk pengalaman tontonan bebas daripada genggaman tangan.

Siri Galaxy Tab S9 kini lebih canggih berbanding sebelumnya tetapi kekal berkuasa. Setiap peranti dilengkapi dengan Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy, pemproses mudah alih sepantas kilat yang berada dalam telefon pintar terbaharu Samsung. Buat pertama kali pada tablet Galaxy, teknologi ruang wap canggih memudahkan penstriman lasak, permainan atau maraton penyuntingan video. Berikutan kerjasama rapat dengan rakan kongsi peneraju industry permainan, pengguna Galaxy Tab S9 bakal menerima manfaat daripada pengalaman permainan skrin besar yang dioptimumkan.

Hayati Kebebasan Menghidupkan Idea dengan Mudah

Setiap peranti Galaxy Tab S9 premium dilengkapi dengan satu-satunya alat tablet yang paling disukai dan diingini oleh pengguna: Galaxy S Pen. Dengan pengalaman menulis pada kertas sebenar, siri Galaxy Tab S9 dan S Pen kini kedua-duanya mempunyai penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk, lantas membolehkan lebih banyak lagi kemungkinan untuk pengguna menghidupkan dan menjiwai sebarang idea dan ilham.

S Pen juga boleh digunakan untuk menulis dalam bar carian, pelayar imbas dan kedai aplikasi, manakala ciri pengecasan dua arah baharu memastikan ia mendapat kuasa tidak kira di mana ia menghadap semasa berada dalam buaian simpanannya. Pengguna juga boleh menaik taraf kepada S Pen Creator Edition yang menawar pengalaman yang lebih premium. S Pen Creator Edition direka dengan bahan bertekstur untuk cengkaman yang selesa dan darjah kecondongan yang lebih luas untuk membolehkan penciptaan yang lebih intuitif.

Paparan mengasyikkan siri Galaxy Tab S9 mencerahkan kesemua projek pengguna dengan penuh teliti dan ketara. Dengan ciri Multi Window, pengguna boleh mengguna sehingga ke tiga aplikasi dalam paparan susuan grid tetingkap mudah laras. Optimumkan penggunaan pelayar imbas, dengan merujuk kepada imej daripada Samsung Gallery di samping mencatit idea dalam Samsung Notes, semuanya secara serentak dalam satu paparan. Manfaatkanlah ciri Pop-Up View, dengan menggunakan aplikasi dalam tetingkap terapung sambil masih menunjukkan skrin utama penuh.

Apabila mengembara atau bekerja semasa dalam perjalanan, Book Cover Keyboard dan ciri DeX Mode siri Galaxy Tab S9 menawarkan pengalaman-guna desktop dengan kemudahan penuh tablet mudah alih. Sudut darjah mudah laras Book Cover keyboard dan pad kekunci bercahaya belakang memberikan pengalaman seperti PC yang ringan.

Sementara itu, ciri DeX Mode mempunyai kursor yang mudah diikuti, ciri saiz semula dan kedudukan tetingkap yang fleksibel, dan keupayaan Second Screen untuk mencerminkan atau memanjangkan skrin dari PC ke tablet. Dalam suatu panggilan Google Meet, pengguna boleh bekerjasama dengan lebih mudah dengan perkongsian skrin dan kebolehan mengedit dokumen Samsung Notes serentak, secara langsung.

Ketersediaan

Siri Galaxy Tab S9 akan tersedia di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023. Siri tersebut akan hadir datang dalam dua warna, Beige dan Graphite, dan tiga saiz: 14.6-inci pada Tab S9 Ultra, 12.4-inci pada Tab S9+ dan 11-inci pada Tab S9.

Untuk maklumat lanjut tawaran prapesanan, sila layari: www.samsung.com/my/offer/flip5-fold5/#preorder-tab

Untuk maklumat lanjut siri Galaxy Tab S9, sila layari: www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-s9/

Pra-pesanan sekarang: www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-s9/buy/