“Dirgahayu” adalah single duet oleh penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza, yang dikeluarkan pada 12 Ogos 2016. Ia telah dikeluarkan sebagai lagu tema untuk siri televisyen Malaysia 100 episod, Lara Aishah. Ditulis bersama oleh Faizal sendiri, ia dirakamkan pada Julai 2016 sebelum ia dikeluarkan sebulan kemudian.

Semalam, video clip rasmi untuk lagu yang menggunakan kesan khas yang sangat hebat dan spektakular telah diterbitkan dalam akaun rasmi YouTube Faizal. Lagu ini juga dimuatkan dalam album terbaru Faizal, Anatomi yang dilancarkan pada 4 November 2016.

Mereka memilih bangunan bersejarah milik KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Hasil suntingannya begitu hebat dan meyerlahkan aura kedua-dua penyanyi tersohor ini. Lebih menarik Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza mempersembahkan puisi pendek sebelum lagu berkumandang. Berikut ada babak yang sangat indah dan spektakular melalui video selama 4 minit 30 saat ini.

BACA  Ruffedge Mula 'Demand' Harga Tinggi? Ini Penjelasan Mereka

Persalinan Merah Datuk Siti Nurhaliza begitu memukau.

screen-shot-2016-12-20-at-10-02-40-am

Seperti Permaisuri Raja keluar dari Istana.

screen-shot-2016-12-20-at-10-02-28-am

screen-shot-2016-12-20-at-10-02-06-am

Bangunan pejabat KTMB ini dibina pada tahun 1910 merupakan bangunan bersejarah dari arkitek bernama Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam. Pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Struktur serupa, seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek

screen-shot-2016-12-20-at-10-01-42-am

screen-shot-2016-12-20-at-10-01-14-am screen-shot-2016-12-20-at-10-00-57-am

Datuk Siti Nurhaliza turun dari tangga antik di susuli kain merah beterbangan mengikutinya memberi suntikan misteri dan klasik.

screen-shot-2016-12-20-at-10-00-00-am

screen-shot-2016-12-20-at-9-59-15-am

screen-shot-2016-12-20-at-9-58-13-am screen-shot-2016-12-20-at-9-57-54-am screen-shot-2016-12-20-at-9-57-36-am