Malaysia menjadi negara pertama yang dikunjungi Raja Arab Saudi Salman dalam lawatannya ke Asia selama satu bulan. Dalam kunjungan ini menunjukkan pentingnya Asia bagi pertumbuhan ekonomi Arab Saudi yang menurun seiring harga penjualan minyak.

Dalam perjalanan menuju ke Malaysia, Raja Arab Saudi beserta 10 Menterinya ini diterbangkan menggunakan pesawat khas Boeing 747SP. Pesawat ini merupakan pesawat jumbo jet mini yang dimiliki oleh Kerajaan Arab Saudi.

Apabila melihat kabin pesawat sememangnya nampak mewah dan seolah-olah seperti sebuah istana. Dengan sofa kulit, bilik mandi seperti dalam istana, dan juga kerusi urut sungguh mengagumkan. Pesawat ini setinggi dua tingkat di mana tingkat pertama diisi dengan sofa urut, ruang tamu, serta bilik tidur.

BACA  Nak Merokok Punye Pasal, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

Sementara di lantai kedua disediakan tempat duduk penumpang kelas eksekutif dengan kerusi sofa yang selesa dan luas.

Kesimpulannya pesawat yang digunakan oleh Raja Arab Saudi serta rombongan ini ibarata hotel terbang, mewah sangat! Mungkin perjalanan dengan jarak jauh selama puluhan jam sekalipun tidak akan terasa ketika menaiki pesawat ala rumah mewah ini.

Sumber

Artikel SebelumnyaNetizen Kesal Lihat Tindakan Lelaki Ini Menunggang Motosikal
Artikel Seterusnya‘Trend’ Selebriti Terbit Buku Sendiri, Ini Pesanan Rosyam Nor
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.