Tidur, siapa lah yang tidak suka tidur kan? 

Sehingga ada yang menjadikan tidur itu sebagai hobi! Waktu tidur yang normal untuk seorang manusia ialah 6 hingga 8 jam sehari. Tapi jika anda seorang sibuk dengan kerjaya seperti selebriti popular Hollywood agaknya cukup tak waktu tidur? 

Dunia siber yang tiada sempadan menjadi apa sahaja tiada mustahil. Begitu juga dengan gambar-gambar selebriti Hollywood yang tidur, jika dulu susah nak tahu bagaimana kehidupan seharian mereka. Kini cara mereka tidur pun kita boleh tahu, mari kita lihat gambar tidur mereka yang lucu atau ada ke yang tidak senonoh. Ooppss! 

1. Kanye West ini penat kerja ke penat teman isteri Kim Kardashian pergi shopping? Sampai ternganga mulut, nyenyak sangat tidur dekat kerusi pun boleh lah bang…

Foto – Instagram Kim Kardashian

2. Agaknya James Franco lupa dia ini tumpuan ramai, suka hati tidur dalam kelas. Fikir positif mungkin malam tadi sibuk hafal skrip filem baru. 

Foto – Google Images

3. Walaupun tangan dan badan Justin Bieber penuh dengan tatoo a.k.a tampak ganas, rupanya dalam hati ada taman. Elok pula tengok dia tidur bersama haiwan kesayangannya. Comel! 

Foto – Pinterest

4. Benarlah orang kata, dakapan ayah mampu menenangkan anak-anak. Lihat sahaja Chris Hemsworth dan anak-anaknya tenang tidur dalam keadaan berhimpit sekalipun. 

Foto – www.dailymail.co.uk

5. Kesian David Beckham masa tidur boleh pula anaknya menyusun gula-gula diwajahnya. Penat sangat agaknya, langsung tidak sedar dirinya ‘dipermainkan’. 

Foto – Daily Express

6. Ini lah perangai sebenar para bapa bila si ibu minta jaga anak. Anak tidur, dia pun tidur sekali..bertuah punya John Legend. 

Foto – TunezNG

7. Jika anda terkandas di lapangan terbang, boleh tiru gaya tidur Niall Horan. Tak perlu cari kerusi cuma masukkan sahaja separuh badan anda didalam bagasi. Okay, jom tidur. 

Foto – http://www.zimbio.com

8. Apalah yang dibuatnya aktres Emma Roberts malam tadi sampai sebegini penat. Kalau betul-betul mengantuk, minum kopi pun dah tak ‘jalan’. 

Foto – Celebrity Teen Scoop

9. Kalau tengah beraksi rap, kemain lagi si Lil Wayne nampak ganas dan cool. Sekali bila tengok masa dia tidur dah macam rupa pakcik-pakcik kedai kopi sahaja. 

Foto – Bossip

10. Kalau bakal mak mertua tengok gambar ini, tak jadi nak buat menantu! Memang selamba sahaja Lindsay Lohan tidur mulut ternganga, tak sedar gambar ini dirakam berpuluh paparazzi. 

Foto – cuddlebuggery.com

Sekali tengok mereka punya perangai masa tidur lagi teruk dari kita yang biasa-biasa ini.

BACA  Ben Nathan Tampil Lebih Kacak Menjelang Konsert