Siapa sangka selepas nasi lemak pondan menjadi viral baru-baru ini, keuntungan yang diperoleh berlipat-ganda dan sangat memberangsangkan. Susulan daripada kejayaan ini, pemiliknya Jojie Kamaruddin mengambil keberkatan dengan mengagih-agihkan nasi lemak sebanyak 100 bungkus ke masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur setiap hari Jumaat.

Kredit Foto: Malaysia Kini

Difahamkan Jojie berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM2,000 sehari hasil jualan nasi lemaknya.

Saya pasang niat untuk sedekahkan 100 bungkus setiap Jumaat di masjid sekitar Kuala Lumpur dan adik-adik saya akan bertanggungjawab untuk hantar nasi lemak tersebut.

Dituduh Kafir Oleh Netizen

Nasi lemak pondan yang menjadi bualan hangat dikalangan netizen di media sosial memuji kesungguhan penjual nasi lemak tersebut tetapi lebih ramai yang memberi respon mengutuk dan masing-masing memberi pendapat negatif. Lebih menyakitkan apabila ada yang menuduh Jojie bukan Islam atau Kafir sehinggakan dia merasa kecewa dengan tanggapan buruk sedemikian.

BACA  Pos Malaysia Hasilkan Setem Edisi 'Hero' Marvel Untuk Masa Terhad!
Kredit Foto: Malaysia Kini

Saya bukan kafir, saya orang Islam dan setiap kali masak, saya akan membaca selawat. Sesiapa pun masak, yang penting mestilah bersih supaya dapat menjamin Nasi Lemaknya di makan dengan penuh nikmat,

Walaupun sentiasa dihentam dengan pelbagai cemuhan susulan nama gerai kontroversinya itu, Jojie menjelaskan dia bersedia menerima apa sahaja kritikan daripada masyarakat luar.

Sumber