Penulis masih ingat lagi di awal kemunculan kumpulan pria berlima ini, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Sheila On 7 ternyata meninggalkan kesan mendalam ke atas para pendengar muziknya.

Siapa pula yang tidak kenal dengan ‘cowok ganteng’ merangkap vokalis Sheila On 7, si empunya nama Akhdiyat Duta Modjo atau lebih ringkas disapa Duta itu?

Foto – Google Images

Mula melebarkan sayap dalam industri muzik Indonesia pada tahun 1996 di Yogjakarta, kumpulan band popular ini asalnya disertai beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Atasan (SMA) termasuklah Adam, Eross, Sakti, Anton dan Duta sendiri yang kemudiannya ligat bersama-sama menyanyikan kembali lagu-lagu evergreen dendangan Bon Jovi, Oasis dan Guns N’ Roses secara suka-suka.

Foto – Google Images

Disebabkan minat mendalam mereka terhadap muzik, Sheila On 7 sudah pun mempunyai beberapa lagu ciptaan sendiri sebelum mereka nekad untuk menghiburkan orang ramai di pentas-pentas nyanyian terbuka dan kemudiannya mendapat maklum balas positif berikutan lagu-lagu mereka mendapat sambutan apabila ia dimainkan di stesen Radio Geronimo untuk program “Ajang Musikal” iaitu program yang menampilkan muzik-muzik indie hangat ketika itu.

Namun di sebalik kejayaan band itu, siapa sangka sebenarnya Duta ini adalah seorang yang bijak benar menyimpan identitinya. 

Untuk pengetahuan semua, Duta berasal dari keluarga yang berada. Dia dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat pada 30 April 1980 dan merupakan anak sulung dari dua orang adik-beradik. 

Foto – hipwee.com

Bapa Duta, Dr. Ir. Hakam S. Modjo Msc.(alm.) adalah antara orang yang berpengaruh, merupakan seorang doktor falsafah merangkap pensyarah dalam bidang pertanian di Universitas Gadjah Mada (UGM). Seperti orang tuanya, Duta juga pernah menyambung pengajian dalam jurusan Mekanisasi Pertanian di Universitas Gadjah Mada Yogjakarta tahu? Tapi sayangnya dia masih belum sempat menamatkan pengajiannya kerana sibuk dengan karier muzik.

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang ini adalah mengapa Duta lebih rela untuk menonjolkan kehidupannya dalam keadaan bersederhana meskipun dilahirkan dari golongan yang ‘ada-ada’? Ia bukan sahaja dapat dinilai dari caranya berpakaian mahupun bergaul malah kesederhanaan tersebut bisa dilihat melalui cara Duta membahagiakan isteri dan anak-anaknya.

Jarang dihinggap berita kontroversi yang sebenarnya boleh dijadikan medium untuk membina populariti, hubungan rapat dia bersama isterinya, Adelia Lontoh dan anak-anak sangat dikagumi ramai.

View this post on Instagram

Supporter2 Indonesia 😉

A post shared by Akhdiyat Duta Modjo (@duta507) on

Adelia adalah seorang model yang berjaya mencuri hati Duta ketika sama-sama membintangi video muzik Seberapa Pantas pada tahun 2002 sebelum benar-benar serius mengesahkan kisah cinta mereka.

Tonton Muzik Video Seberapa Pantas Dari Sheila On 7

Tidak mengambil masa panjang untuk menghalalkan hubungan, Duta yang pada itu baru berusia 23 tahun bersama Adelia yang berusia 20 tahun akhirnya disatukan dalam sebuah majlis bersederhana diadakan di rumah. Hmm.. walhal keluarganya kaya dan Duta sendiri sudah popular waktu itu!

Foto – nostalgia.tabloidnova.com

Terpaksa membatalkan konsert ulang tahun ke-20 mereka di Malaysia tahun lalu, Sheila on 7 kini hanya disertai empat orang ahli band termasuk Adam (bass/penyanyi latar), Eross (gitar/penyayi latar) dan seorang ahli baru, Brian (pemain drum) di samping Duta yang masih sebagai vokalis.

Ahli Sheila on 7 yang terkini dari kiri: Brian, Duta, Eross dan Adam. Foto – mldspot.com

Nota kaki: Tak semestinya kalau artis tu tak ada story maksudnya dia dah tak laku… Duta dan Sheila on 7 akan terus bertempat di hati para peminatnya sampai bila-bila!

Sumpah Macam Pro! Duta Nyanyi Everything I Do oleh Bryan Adams