Telefon

Adakah Benar Ini Redmi Note 5 Baru Atau Sebaliknya ?

Sebuah lagi telefon pintar baru dikatakan telah tertiris. Kali ini gambar sebuah telefon pintar jenama Xiaomi hangat diperkatakan

Gambar Redmi Note 5 Tersebar

Xiaomi menerusi laporannya sebelum ini bakal mengeluarkan telefon pintar baru dan gambar yang tertiris baru – baru ini dikatakan milik Redmi Note 5. Menguatkan lagi dakwaan tersebut, Redmi 5 disebut – sebut sebagai peranti yang terbaru jenama berkenaan.

Tampil Dengan 18:9

Nampakanya tahun ini kebanyakan telefon pintar menggunakan skrin 18:9 yang menjadi trend of the year. Pada gambar yang tersebar juga, peranti tersebut turut menggunakan skrin 18:9. Info lain yang turut tersebar ianya dikatakan hadr dengan skrin 5.99-inci,bateri 4000mAh, kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Seperti trend lain, peranti ini turut dilengkapi pengimbas cap jari dibelakangnya

Adakah benar gambar tersebut milik Redmi Note 5 aatau peranti lain yang bakal diumumkan tidak lama lagi? Sama – sama kita nantikan.

Sumber Tenaa via Lowyat.net