Tertinggal barang dalam pesawat sememangnya sesuatu hal sering terjadi jika kita cuai. Seperti yang dialami oleh jutawan kosmetik yang baru sahaja pulang mengerjakan ibadah umrah bersama-sama ahli keluarganya di Tanah Suci baru-baru ini.

Namun kepulangannya ke tanahair telah mencetuskan suatu insiden cemas apabila beg tangannya mengandungi wang RM50,000 tertinggal di dalam pesawat Malaysia Airlines.

View this post on Instagram

Bila pak arab celup beli barang dapur😝

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menurut Aliff, dia terlupa mengambil begnya itu yang diletakkan di tempat duduk pesawat setelah sibuk menguruskan neneknya yang berkerusi roda.

BACA  Misteri! Pokok Durian Maya Karin Tiba-Tiba Terbakar

Bagaimanapun, dia hanya menyedari ketiadaan beg itu selepas satu jam mendarat dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah kediamannya.

Dalam pada itu, Aliff bernasib baik apabila seorang pramugara yang dikenali sebagai ‘Encik Zol’ membantu menyimpan beg tersebut.

Saya terlupa dan tertinggal beg berisi duit RM50,000 dalam kapal terbang. Lepas sejam, ketika dalam perjalanan pulang baru saya sedar beg tiada. Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.
Kelam kabut saya patah balik dan rupa-rupanya nya abang pramugara tolong simpankan. Saya memang puji sikapnya yang jujur kerana tiada langsung wang saya dalam beg itu hilang.

Ramai yang meninggal komen dengan memuji tindakan pramugara tersebut yang sangat jujur menjalankan tugas. Ada juga netizen yang menyangka Aliff sengaja meninggalkan beg berisi wang tersebut untuk menguji tahap ketelusan kakitangan MAS.

BACA  Dikecam Netizen! Aliff Syukri Bertegas Suara Tidak Guna 'Auto-Tune'

Umumnya, Aliff pernah melakukan perkara yang sama dengan menyamar menjadi pengemis menerusi rancangannya #OhAbangKosmetik yang menjadi viral di laman sosial.

View this post on Instagram

Patut ke saya botakkan kepala?? Yes or no??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Di dalam video tersebut, kelihatan seorang peniaga kopiah yang bersikap agak “biadap” terhadap Dato Aliff Syukri yang sedang menyamar sebagai seorang pengemis.

Adakah peristiwa ini juga hanyalah sebuah lakonan Aliff atau sebaliknya?

Sumber