Persoalan yang masih tertanya-tanya oleh peminat Sara Ali mengenai isu buka tudung akhirnya terjawab. Sara sebentar tadi tampil menjelaskan mengenai keputusannya untuk kembali dengan penampilan asal yang tidak bertudung menerusi FB live.

Menerusi pengakuan yang dibuatnya, Sara tidak mahu menjadi hipokrit dengan melakukan sesuatu perkara tanpa kerelaan hatinya sendiri.

Saya ingat boleh buat (bertudung) tapi tidak, kerana saya buat benda ini bukan kerana diri sendiri tapi kerana sesuatu.

Sesuatu ini kalau boleh saya tak nak bincangkan, perkara dah berlaku dan kita lepaskan,” katanya menerusi video yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook miliknya

Sara turut menjelaskan bahawa dia tidak memperoleh ketenangan yang sepatutnya selepas berhijrah untuk berhijab.

Selama setahun yang lepas, ia tak beri saya ketenangan. Lama-lama hidup jadi tak tenang sangat dan tidur tak lena.

Mula-mula saya fikir nak diamkan sahaja, tapi sampai bila saya nak hidup dalam keadaan yang saya rasa bukan yang sepatutnya saya lakukan,” katanya.

Dia yang membuat keputusan berhijab sejak awal Januari 2016 telah mencetuskan kontroversi apabila gambar terbaharunya tanpa tudung tersebar di media sosial baru-baru ini.

BACA  Tahniah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah Timang Cahaya Mata Kedua

Sumber