Masih ingat lagi dengan kumpulan rock alternatif, Dead Mushroom? Kumpulan ini aktif dan pernah menggegarkan dunia muzik tanahair sejak tahun 1996.

Hampir 20 tahun kumpulan ini menyepi dan kini mereka telah kembali menghidupkan semula zaman kegemilangan muzik rock di tanahair. Menurut laporan berita dari BH Online, kumpulan ini sedang sibuk menjayakan sesi jelajah Hakuanku 2017.

Dengan menjadikan dua lokasi sebagai tempat untuk mengadakan persembahan iaitu Blackbox Publika dan Mall of Medini, Johor Bahru.

“Kemunculan semula Dead Mushroom sebenarnya bermula sejak hujung tahun lalu lagi apabila kami diundang menjayakan persembahan di sebuah lokasi.

“Ketika itu, peminat mula tercari-cari dan bertanyakan mengenai kumpulan ini yang dilihat seperti menghilang. Dari situ saya dan anggota lain terfikir, kenapa tidak kami kembali mengubati kerinduan mereka?

Rashidi yang merupakan gitaris kumpulan ini memberitahu kumpulan ini masih menggunakan 4 ahli yang sama kecuali pemain bes yang bertukar. Kumpulan ini dahulunya pernah tercalon bagi 4 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik pada tahun 1998.

BACA  [VIDEO] Lana Nordin Menangis! Mahu Peminat Doakan Kesihatan Anak

Sumber