Sejuk hati seorang bapa jika anak berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan. Lebih membanggakan apabila seorang anak dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama Islam.

View this post on Instagram

Alhamdulillah abg @danishhakim_243 terpilih antara 10 pelajar utk sambung pengajian kat Turki utk settlekan hafazan dia lagi 7 juzuk berdasarkan prestasi semasa . . Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya.SYUKUR,GEMBIRA,SEDIH,HIBA semua cukup.Ni anak pertama saya,darah daging saya merangkap kawan baik saya dunia akhirat yg boleh saya bawak berbual share mcm2.Saya tanya Danish,dia suka tak terpilih?Dia cakap inilah doa dia siang & malam utk sambung pengajian kat sana . . Dulu pernah rasa mcm ni masa mula2 dia nak masuk asrama,skrg ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu😭.Saya cubalah cari kekuatan dgn izinNya,dlm masa sama kalau ada kawan2 kat sini yg pernah ada pengalaman mcm ni,mohon bagi saya kata2 semangat & motivasi ye.Saya amat memerlukan😔 #hatiseorangayah #sedihsangatrasatapitakpedemiperjuangananakdanislam #rayanantitaktahulamacamana 😭😭😭 @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Perasaan itu sememangnya tidak dapat digambarkan oleh pelakon Norman Hakim apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim diberi peluang untuk menyambung pengajian hafazan di Turki sekitar bulan Mei depan. Berita gembira itu dikongsi oleh Norman sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto surat tawaran Danish.

Foto tersebut telah mendapat reaksi positif dari peminat dengan menyampaikan ucapan tahniah di atas kejayaan yang dikecapi oleh anak pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi ini.

Malah ramai juga yang menaruh harapan agar Danish dapat menjadi figura agama yang berjaya satu hari nanti. Danish merupakan anak sulung Norman bersama Abby kini belajar di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz, Kajang.

Sumber