Sangat dikenalai sebagai salah seorang ahli keluarga yang paling sensasi di Hollywood, kehidupan Caitlyn Jenner tidak pernah terlepas dari perhatian media.

Kredit Foto: Vanity Fair

Bukan sekadar populariti yang dimilikinya, tetapi mengenai proses transformasi gender yang dilakukannya sebelum ini. Umumnya peminatnya sudah mengetahui kini dia memilih untuk menjadi seorang wanita sehinggakan dia terpaksa meninggalkan Bruce Jenner buat selamanya.

View this post on Instagram

Happy birthday Kim! Love you 😘

A post shared by Caitlyn Jenner (@caitlynjenner) on

Setelah sekian lama tidak mendengar perkembangan terbaru Caitlyn, ayah tiri kepada Kim Kardashian ini kembali mencuri perhatian umum dan media dengan penjelasannnya mengenai pembedahan kelamin. Menurut laporan berita dari Us Magazine, Caitlyn baru sahaja mengakui dia sudah melakukan pembedahan kelamin.

Laporan tersebut juga telah mengatakan Caitlyn sudah membuat pengakuan bahawa dia tidak lagi mempunyai organ genital sebagai seorang lelaki.

Khabarnya Caitlyn sudah melakukan pembedahan itu pada bulan Januari yang lepas.

Pembedahan berjaya, saya berasa sangat luar biasa dan bebas. Kemaluan yang ada sebelum ini sama sekali tak punya manfaat bagiku, kecuali untuk menjadi seorang wira di hutan,”

Wajah dahulu Caitlyn Jenner dengan nama Bruce Jenner

Selepas berjaya melakukan pembedahan ini, Caitlyn yang sudah berusia 67 tahun ini berasa senang hati dan bahagia kerana kini dia sudah bergelar wanita sepenuhnya yang diimpikan sebelum ini.

Sumber