Sebut sahaja nama Mazidul Akmal Sidek, siapa yang tidak kenal pada beliau. Seorang wartawan penyiaran yang disegani dengan kelantangannya yang bersuara dalam menyiarkan berita menjadikan nama Mazidul sering diperkatakan.

Mazidul Akmal Sidek yang sudah lama tidak muncul di kaca TV selepas dia diserang angin ahmar sejak 3 tahun lalu. Perkembangan terbaru pengacara popular ini bertambah baik dan menunjukkan dia semakin pulih.

Menurut laporan dari Astro Awani, kunjungan mereka ke kediamannya di Kota Damansara, Mazidul dilihat boleh bertutur dengan baik namun pergerakannya masih terbatas.

Kalau sebelum ini masa mula-mula kena memang macam ‘jelly’ lah, tetapi sekarang alhamdulillah sudah boleh berjalan sedikit dengan bantuan tongkat.

Mazidul Akmal Sidek yang meninggalkan dunia penyiaran sejak hampir tiga tahun lalu akibat diserang angin ahmar

Saya mendapat sokongan yang bagus daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan sahabat yang mana datang menjenguk itulah yang beri kekuatan kepada saya,”

Mazidul baru sahaja menunaikan Umrah pada bulan Februari yang lepas meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberinya semangat serta sokongan. Isterinya berkata, kini Mazidul sudah mula boleh menulis dibuat pada buku catitannya.

Dia boleh menulis pada kertas sahaja, pada kekunci komputer masih belum boleh kerana tangan kirinya masih tidak kuat lagi (kesan daripada serangan angin ahmar).

Ada lah dia tulis pada buku tapi dia tidak bagi saya tengok,”

Isterinya turut memberitahu, Mazidul masih menerima rawatan di hospital dan di rumah juga dia ada menjalani perubatan tradisional bagi mengembalikan semangat dan keupayaan fizikalnya sedikit demi sedikit.

BACA  [VIDEO] Awi Rafael Sebak Ziarah Pesakit Kanser Tulang

Sumber