Tidak kira apa sahaja acara hiburan di kaca TV pasti aada saja yang mahu disensasikan. Gema Gegar Vaganza yang sudah memasuki episod kedua pada sabtu lepas terus hangat diperkatakan. Jika minggu pertama penonton disajikan dengan persembahan dari Hijjaz yang membawa lagu Sumaiyyah sehingga mengundang air mata, kini hos nya pula jadi kritikan.

Heboh di media sosial netizen tidak senang dengan cara pengacaraan yang dibawakan salah seorang hos program tersebut iaitu Achey.

Rata-rata netizen β€˜meluat’ dengan cara pengacaraan Achey yang terlalu bising dan bingit mengikut pemerhatian mereka.

Kritikan ini telah mendapat respon dari Achey sendiri melalui laporan yang dipetik dari Mstar. Achey menegaskan bahawa dia berbuat demikian kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar.

Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas.

Oleh kerana kehendak produksi, Achey diminta untuk tidak merendahkan suara kerana ia boleh buatkan acara malam tersebut kelihatan hambar.

Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar,

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah turut terkesan dengan kritikan ini dan menganggap dia sebagai manusia biasa, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Sumber