Telefon

Apple Nafi Komponen Face ID iPhone X Dikurangkan

Kurang dari 27 Jam lagi sebelum sebuah lagi model Apple, iPhone X bakal dilancarkan di beberapa buah negara termasuk Singapura.

Ketepatan Face ID Dikurangkan

Sebelum ini, Apple pernah mengeluarkan kenyataan bahawa antara faktor mengapa iPhone X dilancarkan sedikit lambat adalah kerana faktor penghasilannya yang rumit dan memerlukan penelitian. Terbaru menerusi laporan dari Bloomberg, Apple dikatakan telah mengurangkan komponen yang ada pada Face ID yang membolehkannya dihasilkan dengan pantas. Face ID adalah satu lagi spesifikasi khas yang terdapat pada iPhone X yang membolehkan penggunanya menyahkaktifkan iPhone X dengan menggunakan pengimbasan wajah. Komponen yang dikatakan telah dikurangkan tersebut adalah dari segi ketepatannya

Apple Nafi Kurangkan Komponen Pada iPhone X

Menolak dakwaan tersebut, hari ini Apple mengumumkan bahawa ketepatan FACE ID masih lagi kekal pada skala 1,000,000:1. Sebelum ini Apple telah hasilkan Touch ID pada model – model sebelumnya dimana ketepatannya hanyalah 50,000:1