Bintang Hollywood popular Brad Pitt baru-baru ini tampil secara eksklusif di GQ Magazine. Majalah ini bakal memaparkan kisah kehidupan jejaka seksi ini setelah berpisah dengan Angelina Jolie dan berbagai hal telah mengubah kehidupan seharian. Selain itu, Brad turut menjalani sesi fotografi yang begitu memukau setiap mata yang melihat. Penampilan Brad kali ini seolah-olah peminat boleh lihat beliau dari sisi yang berbeza.

Yang lebih mengejutkan lagi, salah satu foto seakan-akan menggambarkan suasana hati Brad saat ini. Air mata bergenang di mata sebelum menitis di atas pipinya.

Berbaring di atas padang salji, Brad juga berusaha menyampaikan jika hatinya sekarang benar-benar beku sedingin salji. Tak ada lagi kehangatan keluarga yang selalu ia rasakan sebelumnya.

Hati yang luluh, Brad cuba menyampaikan isi hatinya dan kesepian yang menemaninya selama 6 bulan terakhir.

Menjalani hari-hari yang berbeza, Brad masih berusaha untuk tetap tersenyum dan hidup bahagia.

Brad mengenangkan nasib hidupnya diselubungi penuh kesedihan. Tak perlu diragukan lagi, betapa besar rasa rindunya pada Jolie dan ke-6 orang anak mereka.

Sumber