Penjualan album yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu menyumbang pendapatan penyanyi popular, Adele ini sehingga mencecah £40 juta atau sekitar RM240 Juta, menurut rekod senarai kekayaan yang disusun oleh The Sunday Times.

Dengan tambahan tersebut, kekayaannya meningkat dari £85 juta menjadi £125 juta, yang menjadikannya sebagai penyanyi solo perempuan terkaya di United Kingdom.
Namun dia ‘hanya’ berada di peringkat 19 dalam senarai semua pemuzik terkaya di UK, yang didominasi oleh para pemusik lelaki yang lebih tua.

Salah seorangnya ialah The Beatles, Sir Paul McCartney, dan penyanyi yang menduduki di tempat kedua ialah Lord Lloyd-Webber, raja teater muzikal Inggeris, dengan kekayaan £740 juta setahun.

Nilai kekayaan Adele bertambah selepas dia membuat ‘Tour” keliling dunia sebanyak 122 kali secara keseluruhan meraih pendapatan setinggi £138 juta dari penjualan tiket- serta kejayaannya menerusi album ketiganya ’25’ yang terjual sehingga 2,4 juta unit di seluruh dunia sepanjang tahun 2016.

Sumber