Seperti yang semua tahu, sebelum ini Miley Cyrus sering membawa penampilan sebagai wanita yang seksi dan liar sebaik dirinya putus cinta dengan Liam Hemsworth. Namun sejak kebelakangan ini tatkala Liam kembali menunjukkan minat terhadapnya, Miley semakin ceria, berpakaian lebih sopan malah sudah berambut panjang!

FROM SLUT LOOKING GIRL

Foto – Getty

TO GOOD ATTRACTIVE GIRL

Foto – Billboard

Bekas bintang Disney ini dikhabarkan bakal mengeluarkan single baru pada 11 Mei nanti yang berjudul Malibu dan akan dimuatkan dalam albumnya yang akan diterbit hujung tahun ini. 

View this post on Instagram

Happy valentines 🌹

A post shared by Liam Hemsworth (@liamhemsworth) on

Dalam perkembangan terkini, jelaslah bahawa Miley nekad mahu berubah ke arah yang positif. Katanya dia sudah berhenti dari mengambil ganja buat masa sekarang.

“Saya berjaya tidak menghisap ganja selama tiga minggu berturut-turut dan ini adalah tempoh paling lama yang pernah direkodkan,” katanya kepada majalah Bilboard dalam satu temu ramah.

“Saya berhentii mengambil dadah, tidak minum alkohol dan saya sudah bersih sekarang!

“Ini adalah azam baru saya,” tambahnya.

Jelas Miley, gaya hidup yang sebegini banyak membantunya untuk fokus pada kerjaya serta perhubungan barunya dengan Liam.

Miley dan Liam pernah bertunang pada 2012 namun putus buat beberapa tahun sebelum dia dilihat kembali menyarungkan cincin tunangnya pada hujung tahun lepas.

Cool! Nampaknya Liam ni benar-benar seorang lelaki yang hebat dalam hidup Miley. Kerana dia Miley berubah.

Baguslah… Sekurang-kurangnya, tak perlu lagi sesiapa melihat Miley beraksi panas malah sanggup tidak memakai seurat benang seperti dahulu. 

Foto – Billboard

TAHNIAH MILEY!

SUMBER