Kes perceraian telah membuatkan Brad Pitt dan Angelina Jolie sengsara. Bekas pasangan selebriti itu kelihatan sama-sama kehilangan berat badannya begitu drastik sekali selepas berpisah. Angie baru-baru ini nampak sangat kurus kering menerusi gambar dia sedang bersiar-siar bersama anak-anaknya.

Menerusi Aceshowbiz, Angie keluar bersama kedua-dua anaknya, Shiloh dan Knox di Irwindale, California.  Bintang filem “Maleicent” ini memakai jaket hitam dan jeans . Tanpa dandanan wajah dan rambutnya diikat sederhana ke belakang.

Berdasarkan sumber yang sama, Angie datang ditemani oleh seorang bodyguard.

Sebelum ini Brad Pitt pun ada terlihat berjalan-jalan di sekitar Los Angeles dan juga nampak semakin kurus.

Berdasarkan apa yang media cuba sebarkan, badan Pitt semakin susut kerana tekanan akibat perceraian.

Sumber