Telefon

Moto X4 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM 1899

Motorola Malayia kini telah melancarkan dua model terbarunya termasuk antara yang terkini adalah Moto X4 yang diperkenalkan dengan pelbagai ciri drastik terkini

Kalis Habuk Dan Kalis Air

Antara ciri pengenalan untuk target penjualan mereka adalah Moto X4 didatangkan dengan ciri khas kalis habuk dan kalis air. Moto X4 ditawarkan dengan skrin yang bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, serta ruangan storan 64GB dan tambahan penggunaan kad mikro-SD.

Berbaloi Dengan Harga RM 1899

Selain itu, Moto X4 juga tampil memfokuskan ‘kebijaksaan’ kamera mereka dengan hadir bersama kamera belakang 12-megapixel Dual Autofocus Pixel Sensor, 8-megapixel untuk rakaman sudut luas dan kamera hadapan 16-megapixel dengan sokongan pencahayaan LED.

Anda boleh menggunakan ciri pintar pada bahagian kamera, dengan halakan kamera pada mana-mana mercu tanda dan akan tertera info tambahan di skrin Moto X4. Untuk anda yang suka travel dan dengan harga RM 1899 di Malaysia, Moto X4 patut berada dalam senarai wishlist anda!

Sumber : Lowyat.net