Bintang bola sepak terkenal dan merupakan suami kepada Ayu Raudhah, Zaquan Adha kini nampaknya telak terjun ke dalam bidang lakonan. Lakonan Zaquan dapat dilihat menerusi Instagram TV3 Malaysia,di mana teaser drama menunjukkan Zaquan digandingkan dengan aktres popular Elfira Loy menerusi sebuah drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Mungkin ramai yan tidak terkejut dengan penglibatan Zaquan dalam dunia lakonan kerana dia dikelilingi insan-insan yang sudah lama dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, peminat juga ternanti-nanti dan merindui kemunculan semula Ayu Raudah dalam drama atau filem.

Sama-sama kita nantikan kemunculan pertama Zaquan dalam drama sulung lakonannya itu. Tak mustahil jika dia bakal menjadi bintang popular menewaskan populariti yang dikecapi oleh Fattah Amin pada masa ini. Betul tak?

Sumber