Isu hangat dan mengejutkan penyanyi popular antarabangsa yang begitu popular di tahun 90an. Penyanyi yang berasal dari Kanada ini dikatakan telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu.

Isu ini telah berbangkit dan tersebar melalui sosial media peminat tegar Avril Lavigne sejak akhir-akhir ini. Salah seorang peminat telah mengungkapkan sebuah teori konspirasi yang mendakwa Avril telah meninggal dunia pada tahun 2003.

Jadi siapakah Avril yang ada sekarang ni? Dalam teori itu turut menyatakan Avril sekarang ini merupakan palsu yang diperanankan oleh wanita lain bernama Melissa yang memiliki bentuk fizikal mirip dengannya.

Menurut laporan dari Metro UK, Melissa telah menggantikan Avril sejak lagu ‘Complicated’ sudah menembusi corong-corong radio. Peminat tersebut telah mendakwa bahawa penyanyi berusia 32 tahun ini mengalami sakit kemurungan dan kemudiannya ditemui maut di rumahnya oleh pihak syarikat rakaman.

Avril yang menunjukkan tulisan Melissa di tangannya

Syarikat rakaman pun berusaha untuk menyembunyikan kematian Avril dengan meminta Melissa menggantikan Avril yang telah meninggal. Melissa lalu mencuba untuk membocorkan kisah kematian Avril melalui lirik lagu dan gaya berpakaian. Lihat sahaja pada foto promosi album ke-2 Avril yang menunjukkan tulisan Melissa di tangannya.

Teori ini menjadi tanda tanya dan sukar untuk dipercayai, namun menurut beberapa media antarabangsa menafikan teori tersebut sama sekali tidak benar.

Sumber