Seorang pengantin wanita telah mengejutkan orang ramai dengan video dramatik saat sesi pergambaran perkahwinan dengan aksi bakar gaun perkahwinannya. Kejadian ini berlaku di wilayah Fujian China dan tujuan ia dilakukan bagi mewujudkan kesan seni yang hebat dan luar biasa.

‘Di sebalik tabir’ rakaman itu telah disiarkan di media sosial pada 16 Mei dan ramai netizen di media sosial berkongsi kebimbangan mereka. Sesi pergambaran ini nampak bergaya tetapi berisiko kerana memusnahkan pakaian perkahwinan semata-mata mahu hasilkan karya seni.

Menerusi video ini, terlihat wanita itu berdiri di tepi tasik di Fuzhou dan seseorang membakar gaun pengantin dari bawah kemudian ia merebak hingga tubuh. Jurugambar tersebut cuba mendapatkan ‘shot’ yang terbaik saat gaun terbakar sebelum ia merebak hingga boleh membahayakan pengantin.

Namun api merebak dengan pantas sehinggakan seorang wanita yang lain terpaksa bergegas memadam api dengan alat pemadam kebakaran. Jika ia tidak berhati-hati mungkin mengundang bahaya pada pengantin sehingga boleh membawa maut.

Sumber