Singapura adalah sebuah negara yang dikenali dengan kemajuan infrastruktur  yang sangat terancang dan teratur. Oleh kerana kemajuan yang dikecapi, banyak pembangunan telah dilaksanakan dan menyebabkan ruang hartanah begitu terhad disana.

Autobahn Motors, sebuah syarikat yang menjual kenderaan yang menggunakan bilik pameran konvensional, baru-baru ini mereka membuka sebuah bangunan 15 tingkat yang kelihatan seperti mesin mainan kanak-kanak yang terletak di tengah-tengah ibu kota Singapura.

Struktur ini boleh menampung sehingga 60 kenderaan mewah termasuk kereta dari Ferrari, Bentley dan Porsche yang boleh dibeli oleh pelanggan yang berkunjung ke lokasi.

Pengunjung ke laman web Autobahn Motors boleh melengkapkan pembelian mereka melalui peranti tablet dan aplikasi yang disediakan. Kereta akan dihantar kepada mereka dalam tempoh dua minit selepas pembayaran.

Sumber