Adik kepada Carrie Fisher, Todd Fisher tidak terkejut selepas mengetahui keputusan autopsi yang baru dikeluarkan mengenai kematian pelakon itu.

Dalam laporan autopsi penuh yang dikeluarkan oleh Los Angeles County Coroner pada hari Isnin (19 Jun 2017), didapati bahawa kokain adalah antara ubat-ubatan yang terdapat dalam sistem badan ketika dia meninggal pada Disember (16) pada usia 60 tahun.

Tetapi penyiasat tidak dapat menentukan sebab yang mempengaruhi ubat-ubatan dalam sistemnya mungkin berlaku semasa kematiannya.

Todd menegaskan tiada siapa yang akan terkejut dengan penemuan itu.

“Dari perspektif saya, dadah adalah pembunuh Carrie dan dadah juga boleh buatkan dia bertahan,” katanya.

“Tanpa ubat-ubat itu, mungkin dia sudah lama meninggalkan kita. Saya tidak terkejut bahawa jika kesihatannya terjejas kerana dadah.”

Carrie meninggal dunia selepas mengalami serangan sakit jantung ketika penerbangan dari London ke Los Angeles sebelum perayaan Krismas. Ibunya, pelakon Debbie Reynolds, meninggal sehari selepas ikon Star Wars meninggal dunia.

BACA  Dari Punggung Sampai Bulu Dada! 7 Insuran Pelik Ini Buatkan Anda Geleng Kepala

Sumber

Artikel SebelumnyaCaltex Keluarkan Arahan Tutup Stesen Minyak Pada 30 Jun
Artikel Seterusnya[UPDATE] Elakkan Ditipu! Berikut Senarai Agensi Pelancongan Yang Tidak Berlesen
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.