Tahniah! Sekali lagi AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia & Dunia bagi tahun ke-9 berturut-turut oleh Skytrax.

Dengan rasa bangga, peneraju penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia Bhd (AirAsia) dan syarikat sekutunya, AirAsia X terus menempa nama di pentas antarabangsa apabila masing-masing menerima dua anugerah berprestij Skytrax World Airline yang diadakan di lapangan terbang Le Bourget, Perancis.

Syarikat penerbangan itu yang sentiasa memberi perhatian kepada kekuatan kakitangan barisan hadapannya, turut menunjukkan komitmennya dengan memiliki anak kapal kabinnya, kata Suhaila Hassan yang menerima anugerah itu bagi AirAsia.

BACA  Deepavali? 3 Tempat Menarik Ini Wajib Di Kunjungi!

Hadir sama Pengerusi AirAsia X Berhad, Tan Sri Rafidah Aziz yang menerima anugerah bagi pihak AirAsia X, Pengarah Urusan Kumpulan AirAsia Tony Fernandes dan Pengarah Urusan AirAsia X Thailand Nadda Buranasiri.

Kredit Foto: Tony Fernandes

AirAsia adalah syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia dengan bilangan penumpang yang dibawa, dengan rangkaian luas yang meliputi lebih daripada 120 destinasi di 26 negara di seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Sumber

Artikel Sebelumnya[UPDATE] Elakkan Ditipu! Berikut Senarai Agensi Pelancongan Yang Tidak Berlesen
Artikel Seterusnya[VIDEO] Muzik Video Lagu Raya Aida TNB Bangkitkan Suasana Klasik 90-an
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.