Kecoh selepas berita palsu kematian tentang pelawak terkenal Britain, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean kini tersebar luas dalam laman sosial.

Dalam kenyataan palsu itu mengatakan, Mr Bean maut dalam satu kejadian kemalangan di Los Angeles dan dikongsi dalam laman sosial Facebook serta Twitter.

Menurut berita dari Fox News, kenyataan ini merupakan maklumat palsu yang mempunyai kaitan dengan laman web scam yang boleh mengakibatkan sistem dalam kumputer boleh dijangkiti virus.

Jika anda melihat berita itu dikongsi pada akaun anda, jangan klik kerana ia boleh menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.

Virus berkenaan akan mendakwa komputer anda telah disekat dan perlu memasukkan beberapa nombor bagi memulihkan keadaan. Malah satu nombor akan disediakan untuk memudahkan anda meminta bantuan menerusi panggilan telefon.

Pakar laman web palsu, Hoax Slayer menasihati orang ramai agar tidak menghubungi nombor tersebut.

“Anda akan diminta untuk membuat panggilan ‘nombor sokongan’ dengan segera untuk mendapatkan bantuan dengan isu keselamatan yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, jika anda membuat panggilan seperti yang diarahkan, penjenayah ini akan cuba menipu anda untuk memberi mereka butiran kad kredit anda, seolah-olah untuk membayar pembaikkan komputer anda.

Penipu mungkin juga cuba menipu anda untuk memuat turun perisian yang akan membolehkan mereka untuk mengawal komputer anda, mencuri fail anda, dan memasang perisian hasad. “

Jadi kepada anda yang sering menerima berita-berita terbaru, harus lah berhati-hati sebelum terkena.

Sumber Chronilce Live