Sebelum ini lagu dari Despacito dari Luis Fonsi semakin diminati ramai penggemar muzik. Bukan setakat orang dewasa, lagu dalam bahasa asing ini juga turut dapat menambat hati kanak-kanak.

Namun bila diterjemahkan dalam bahasa Malaysia, sebenarnya lirik lagu Despacito sesuai buat orang dewasa sahaja. Lirik dan kata-kata sensual menghiasi lagu yang pertama kali dimuat naik ke Youtube pada Januari 2017 ini.

Perlahan-Lahan (Despacito)

Ya, anda tahu bahawa saya telah mencari @ anda untuk seketika
Saya mempunyai menari dengan anda hari ini
Saya melihat, yang melihat anda telah memanggil saya
Tunjukkan jalan yang saya akan oh
Anda anda adalah magnet dan saya logam
Saya mendapat lebih dekat dan saya menubuhkan pelan
Hanya memikirkan ia mempercepatkan denyut
sekarang saya menikmati lebih daripada biasa
Semua deria saya meminta lebih
Ini perlu diambil tanpa apa-apa masalah

Perlahan-lahan
Saya hendak bernafas leher anda perlahan-lahan
Biar saya beritahu kamu perkara-perkara di telinga anda
Supaya anda ingat apabila anda tidak berada dengan saya
perlahan-lahan
Saya hendak menanggalkan baju anda dengan ciuman secara perlahan-lahan
Daftar dinding Labrynth anda
Dan membuat seluruh badan anda manuskrip
Naikkan naikkan ….. menemuinya, naikkan

Saya mahu melihat anda menari
Saya mahu menjadi irama anda
Saya mahu anda untuk menunjukkan saya
tempat kegemaran anda meletakkan tempat Places
Biar saya melepasi zon bahaya anda
Untuk membuat anda menjerit
Dan lupa nama anda

Jika saya meminta anda untuk ciuman, datang memberikan kepada saya
Saya tahu bahawa anda berfikir tentang ia
Saya telah cuba untuk beberapa waktu
Mama ini memberi dan memberikan
Anda tahu bahawa hati dengan saya membuat anda bom bom
Anda tahu bahawa bayi ini sedang mencari bom bom saya
Datang menguji mulut saya untuk melihat apa yang Ia rasa seperti kepada anda
Saya mahu melihat berapa banyak cinta yang anda ada
Saya tidak tergesa-gesa, saya mahu melakukan perjalanan
Mari kita mulakan perlahan-lahan kemudian liar

Terbaru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengarahkan semua radio dan saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan siaran lagu popular, Despacito serta-merta.

BACA  Mishall Imani - Permaisuri Terbaharu Dalam Hidup Nabil Ahmad

Menurut laporan dari Free Malaysia Today, Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM menarik balik kelulusan siaran lagu berbahasa Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.

Sememangnya sangat jelas jika dilihat dari bait-bait liriknya dalam bahasa Malaysia ada rangkap yang tidak sesuai untuk didengar oleh anak-anak muda kerana unsur lucah.

“Aku ingin menghirup aroma lehermu dengan perlahan, biarkan aku membisikkan sesuatu di telingamu. Sehingga kau akan mengingatku saat aku tak ada di sampingmu”.

Bagaimanapun, Salleh berkata, lagu itu masih boleh didapati melalui saluran lain, khasnya dalam talian.

Beliau berkata, keputusan mengharamkan lagu itu disiarkan radio dan televisyen RTM kerana ia boleh mempengaruhi generasi muda.

“Oleh itu, kami meminta stesen radio lebih sensitif terhadap norma tempatan dan melakukan penapisan sendiri ke atas lagu itu, sama ada menghentikan siarannya atau memotong sebahagian audio lagu itu.”

Umumnya anak-anak remaja yang sudah mengerti bahawa lirik Despacito mempunyai makna sensual. Namun sebagai ibubapa perlu ambil peranan untuk berdiskusi dengan anak-anak tentang perkara yang baik dan buruk tentang liriknya.

BACA  [REVIEW] Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Antara Animasi Terbaik Dalam Sejarah

Sumber Free Malaysia Today