Nama Fara Hazel mungkin belum di kenali lagi seperti adiknya Aiman Tino dalam dunia hiburan. Fara mengakui ada menggunakan populariti adiknya untuk berada dalam industri muzik tanah air.

Pernah anda tahu siapakah gadis manis dalam video klip lagu Ku Rela Dibenci yang dinyanyikan oleh Aiman Tino. Rupa-rupanya gadis itu adalah kakak Aiman Tino sendiri, lihat raut wajah pun seiras.

Menurut Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 21, tidak ada salah jika dia menerima sedikit tempias daripada Aiman memandangkan mereka berdua adik-beradik yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

“Saya tak anggap menggunakan populariti Aiman tu perkara yang salah. Bukan nak menumpang tapi kami saling menyokong karier nyanyian.

Fara kini sibuk dalam pergambaran muzik video lagu pertamanya Setiaku Pasti di Kapung Limau Manis memberitahu dia dan Aiman juga bersaing dalam industri muzik biarpun mereka mempunyai pertalian darah.

BACA  Betty Banafe 'Buka Mulut' Dengan Keputusan Fathia Latiff Buka Tudung

“Walaupun kami sangat rapat tapi bila dalam industri kena juga bersaing satu sama lain. Berlawan demi mencipta nama bersama-sama.

Jom kita dengar lagu baru Setiaku Pasti daripada Fara Hezel.

Sumber Mstar