Nama Atikah Karim bukanlah asing dalam dunia modeling dan fesyen antarabangsa. Atikah mempunyai kelebihan dengan rupa eksotisnya dan kulit tona gelap.

Selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia peragaan dan majalah fesyen tempatan, dia memutuskan untuk berhijrah dan mengembangkan minatnya ke kota New York di mana dia kini menetap. Di sini dia telah mengukir nama buat beberapa jenama besar besar seperti Ralph Lauren, Costume National, Libertine dan Banana Republic.

Beliau bekerja keras untuk terus mengembangkan kerjayanya dengan harapan dia sentiasa ditawarkan peluang dari jenama antarabangsa yang terkenal.

“Tidak semudah itu, walaupun saya mendapat tawaran untuk peluang yang besar, tetapi tidak ada jaminan. Mereka mungkin membatalkan tawaran tersebut sebelum atau bahkan pada hari yang sama sepatutnya berlaku.

Wanita berusia 23 tahun itu tetap positif dan mengambil satu langkah pada satu masa dengan sokongan hebat dari keluarganya dan teman lelaki, Danny Lim, yang juga model.

Atikah sudah berada dalam industri ini sejak berumur 16 tahun dan mula ke luar Malaysia untuk pekerjaan ketika dia berumur 21 tahun. Destinasi pertama nya adalah London.

Dari pentas fesyen tempatan Atikah berjaya naik ke runaway London Fashion Week, New York Fashion Week dan pelbagai lagi. Malah dia juga pernah menari mengiringi persembahan penyanyi Miley Cyrus untuk konsert jelajah Bangerz.

Sedang berusaha menggilap bintangnya, warna kulit yang dianggap biasa di Malaysia menjadi daya penarik malah kelebihan buat Atikah atau nama penuhnya Dayang Nur Atikah Karim di sana.

Malah faktor itu juga menyebabkan jenama fesyen seperti Polo Ralph Lauren dan Banana Republic memilihnya sebagai model.

Menerima sokongan padu dari ahli keluarga, anak ketiga dari empat beradik ini berharap pencapaiannya dalam bidang ini membanggakan negeri kelahirannya Sabah.

Sumber The Sun Daily