Penyampai televisyen Malaysia Henry Golding bakal berlakon dalam filem Hollywood bersama superstar dari Amerika, Blake Lively dan Anna Kendrick.

IKLAN

Filem yang bertajuk A Favor Simple, berdasarkan judul buku Darcey Bell diarahkan oleh Paul Feig (Bridesmaids, Ghostbusters). Cerita ini mengisahkan tentang usaha blogger Stephanie (Kendrick) untuk menyelesaikan misteri di sebalik kehilangan sahabat baiknya Emily (Lively), yang berkahwin dengan Sean (Golding).

Ini bukan kali pertama Golding dalam penglibatan filem Hollywood. Artis berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah terlibat dalam filem terbitan Warner Bros, Crazy Rich Asia bersama Tan Sri Michelle Yeoh dan Constance Wu.

BACA  Ziana Zain Dipilih Menjadi 'Cover' Pertama Portal Pelayar Patuh Syariah

Sebelum Crazy Rich Asia, Golding juga membintangi The Borneo Insident (2012) bersama Fay Hokulani dan Mitch Ross, yang menceritakan kisah lima orang yang mendokumentasikan perjalanan mereka dari New York ke Malaysia. Filem ini, yang dihasilkan bersama oleh Bertcomm dan Maverick Media New York, namun belum dikeluarkan.

Sumber Hollywood Reporter