Baru – baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon yang sedang meningkat naik, Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal, Anzalna Nasir. Pelakon Pengantinku Jatuh Dari Langit ini dikatakan menjadi punca kepada penyanyi, Aliff Aziz yang didakwa mencederakan isteri beliau, Bella Astillah di sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Jadi berikut adalah 5 fakta menarik mengenai Afifah Nasir yang mungkin anda tidak ketahui.

BACA  Sahih Atau Tidak? Gambar Bogel Tom Holland Tersebar Di Media Sosial

1. Anak Jati Penang

Nur Afifah binti Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Afifah Nasir dilahirkan pada 15 Februari 1993. Pelakon yang berumur 24 tahun ini berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

2. Campuran Cina

Disebalik kejelitaan beliau, rupa – rupanya Afifah Nasir mempunyai darah campuran cina disebelah bapanya dan Punjabi di sebelah ibunya

3. Ashwarya Rai Malaysia

Kejelitannya bukan sahaja diwarisi oleh beliau, malah adik – beradik beliau yang lain, yang juga pelakon terkenal Anzalna Nasir, Mia Nasir dan Diana Nasir juga cantik. Tidak hairanlah, adik beradik ini dianggap sebagai Ashwarya Rai Malaysia

View this post on Instagram

my beautiful family ❤ #shooterzphotography

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on

Perjalanan seni Afifah Nasir bukanlah disebabkan kakaknya. Segalanya bermula apabila minat beliau yang suka memuat naikkan video di laman Instagram sehingga menarik minat salah sebuah syarikat produksi, Global Station yang menawarkan beliau berlakon di dalam drama Aku Bukan Bimbo.

BACA  "Saya Kenal Aliff Masa Di Party" - Gadis 'Tiktok' Dedah Kisah Sebenar

4. Membintangi Drama 

Sehingga kini, Afifah Nasir telah membintangi 6 drama termasuklah Jasmine, Lara Aishah, Pengantinku Jatuh Dari Langit, My Sweet Lavender, Bahagia Kasihmu dan 2 telemovie, Crush next door dan Cinta 11 Syarat.

5. Lulusan Psikologi

Siapa sangka, Afifah Nasir juga merupakan Lulusan Psikologi dan Komunikasi dari Universiti di Australia.

Sumber Wikipedia 

Gambar Instagram Afifah Nasir