David Arumugam Teruja Bersama Namewee Untuk Lagu Merdeka

129

Adakah anda masih ingat lagu Negaraku patriotik yang dibintangi oleh bintang Malaysia Namewee 10 tahun lalu ?

Pasti ramai yang masih ingat? Kini, penyanyi kontroversi yang berbakat telah mengeluarkan satu lagu patriotik yang baru bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 tahun ini, dan kami yakin bahawa lagu ini pasti tidak akan menimbulkan masalah kepadanya lagi!

Oleh kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum yang didominasi oleh tiga etnik utama – Melayu, Cina dan India (diikuti oleh kaum-kaum lain seperti Punjabi, Iban, Kadazan, dan sebagainya) – adalah penting untuk lagu ini menampilkan tiga wakil dari setiap kaum, dan tidak perlu dikatakan, Namewee mewakili komuniti Cina, manakala Datuk David Arumugam dari kumpulan legenda Alleycats, serta pemenang Ceria Popstar 2016, Aniq mewakili masyarakat India dan Melayu masing-masing.

BACA  Sambutan Hangat! Tiket Konsert β€˜Blue Live In Malaysia 2019' Hampir 'Sold Out'

Menerusi video dibalik tabir pembikinan muzik video ini, David Arumugam memberitahu dia sangat gembira dapat bekerjasama dengan Namewee.

“Saya sudah agak lama bekerjasama dengan Namewee,sememangnya saya gembira bekerja dengannya malah saya say suka dengan lagu dan lirik yang dihasilkan”

Jadi bukan sahaja lagu ini menonjolkan kepelbagaian kaum dalam melalui latar belakang artis ini, tetapi semuanya juga dari tiga kumpulan usia yang berbeza.

Lagu yang berjudul Ali, Ah Kao dan Muthu (nama yang sangat tipikal dari ketiga-tiga kaum), yang dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia penuh dengan semangat perpaduan.

Sumber The Star