Hari ini tular di media sosial mengenai video temu bual bekas juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid dimana di didalam video tersebut, beliau menceritakan semula pengalaman beliau sejak kecil sehinggalah kini.

Di dalam video yang sama, Sufi turut berkongsi kisah beliau yang mendakwa pernah dirogol oleh ayah tirinya yang juga sebelum ini mengaku turut diliwat olehnya.

Dia cuba buka baju saya, ajak saya tidur dengan dia dan suruh saya pegang ‘pisang’ dia.

Walau bagaimana pun menurut sumber, bapa tirinya, Arif Dolah yang juga bekas pengurus beliau, terpanggil untuk memberi kenyataan dengan mengatakan bahawa ini hanyalah strategi beliau untuk mencari kontroversi bagi menaikkan kembali nama beliau. Khabarnya, tidak lama lagi Sufi akan turut sertai Akademi Fantasia All Stars

saya tahu dia memang suka dan tidak akan berhenti mencipta kontroversi atau membuat isu panas. Ini adalah cara dan strategi yang dia dah atur untuk mempromosikan lagu terbaru dan program AF All Stars yang bakal beliau sertai tidak lama lagi.

Menurut Arif Dolah lagi, beliau tidak kisah dengan apa sekali pun yang Sufi ingin lakukan namun dia berharap agar berhenti mengaitkan diri beliau dengan mana – mana kontroversi lagi.

BACA  Biar Betul! Jho Low Turut Terbabit Dalam Skandal Seks Seungri?

Terdahulu, Sufi Rashid hangat diperkatakan apabila ibu beliau, Irma Suriana Mahamud memuat naik status di Facebook meluahkan rasa sedih dan kecewanya terhadap Sufi sehingga menggelarkan anaknya itu Malin Kundang

Sumber MStar Online

Gambar Instagram Sufi Rashid