Rata-rata selebriti pasti tidak akan duduk senang apabila dikaitkan dengan kontroversi terutamanya berkaitan dengan isu yang tidak diingini.

IKLAN

Berlainan pula dengan pelakon ini, yang turut membintangi drama siri popular di salah sebuah rancangan televisyen tempatan apabila beliau sendiri tidak kisah jika terpalit dengan kontroversi termasuklah dakwaan mengenai beliau sukakan kaum sejenis.

Siapa sangka di sebalik wajah nya yang kacak dan bertubuh sasa sebenarnya sukakan kaum sejenis? Namun ternyata itu hanyalah gosip semata-mata.

Bertanya mengenai gosip tersebut, pelakon yang kini membintangi dalam drama Gerak Khas ini akui dia tidak peduli jika ada wartawan yang mendakwa dia sukakan kaum sejenis.

BACA  [GAMBAR] Aishah Muat Naik Surat Tuntutan Mahkamah Terhadap DSV Di Instagram

“Saya tak kisah kalau wartawan nak tulis pasal saya termasuklah mengenai saya sukakan kaum sejenis atau apa. Bagi saya Itu hanya gosip semata – mata dan peminat saya tahu siapa saya…”

Ujar pelakon berwajah kacak ini, Saiful Nizen Ayob atau lebih dikenali sebagai Nizen Ayob menerusi aplikasi Whatsapp kepada Hangat.com.

Sebelum ini, salah seorang pelakon drama berkenaan turut terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan menipu dan membawa lari wang beberapa individu termasuk seorang yang bergelar pelakon.