Selain kanser, banyak lagi penyakit yang tidak diduga boleh menyerang manusia bila-bila masa sahaja. Ada beberapa penyakit yang masih belum ada ubatnya, malah perubatan bagi sesetangah penyakit pun cukup sulit dan memerlukan waktu yang lama.

Seperti mimpi buruk, serangan penyakit yang tidak diduga juga terjadi pada artis di Malaysia. Ada yang menemui ajal dengan penyakit tersebut, namun ada juga yang berhasil berjuang mendapat kesembuhan. Senarai yang dibuat oleh Hangat.com ini dari berbagai sumber, berikut 5 artis yang berjuang melawan penyakit tanpa menyerah yang sangat memberi inspirasi pada kita semua.

Nazim Othman

Pada tahun 2015, Nazim Othman menghidapi penyakit di bahagian otak selepas beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) di akaun Instagram miliknya. Ada yang mengatakan beliau menghidapi kanser otak dan sebagainya.

Pembedahan yang telah dilakukan ke atas Nazim mempunyai beberapa risiko besar, antaranya beliau boleh kehilangan deria rasa, kerana ia melibatkan bahagian otak yang agak sulit. Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.

View this post on Instagram

Nak bagi nama apa kuda tu?

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Kini Nazim dapat menjalani kehidupan seperti biasa namun dia bertambah kuat, dan jadikan kesakitan yang lepas lebih dekat dengan pencipta.

Shah Iskandar

Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz pernah mengalami penyusutan drastik berat badannya disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru yang dialaminya. Lantaran dari sakit itu, dia diarahkan untuk dikuarantin selama tujuh hari.

Kini Shah Iskandar bertambah sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa. Malah dia mula aktif dalam bidang lakonan dalam drama bersiri Dendam Aurora bersama pelakon hebat seperti Nabila Huda, Ungku Ismail dan Anzalna Nasir.

Ras Adiba Radzi

Pada tahun 2002, penyampai berita Ras Adiba Radzi jatuh apabila mahu mengambil barang di dalam almari yang tinggi. Ketika jatuh, dia sangkakan cuma terseliuh biasa. Lantas dia dibawa ke hospital dan ketika bangun dari katil mahu ke tandas, terjatuh lagi. Kakinya mula tidak terasa dan sukar untuk mengatur langkah.

Dari kejadiaan itu dia bergelar OKU, satu setengah tahun dia berputus asa. Sepanjang tempoh itu jugalah kawan-kawan semua menghilangkan diri. Namun dia tetapkan dalam pemikiran dan bersangka baik dengan mereka.

Kini beliau bergelar penyampai berita sambilan di saluran NTV7 (Edisi 7 dan 7 Edition). Dia juga aktif dalam sukan menembak (atlet skuad Paralimpik). Dalam masa sama saya menguruskan syarikat produksi sendiri yang memfokuskan dalam skop hal ehwal semasa.

Ifa Raziah

Penyanyi dangdut ini juga turut mengalami saat-saat sukar di serang penyakit. Ifa Raziah tidak menyangka sakit perut yang dialaminya pada awal rupa-rupanya menghidap empat penyakit bahagian dalaman selepas menjalani pemeriksaan hospital.

Ifa mengalami masalah bengkak hati, hiatus hernia di bahagian usus besar, refluks asid dan ketumbuhan fibroid dalam rahim sebesar tiga sentimeter. Ifa menjalani pembedahan selama tujuh jam dan kini dia semakin pulih serta semakin aktif dalam dunia hiburan.

Amin Hayat

Jejaka berpesonaliti menarik kelahiran Johor Bahru, Amin Hayat pernah melalui saat getir berdepan masalah keguguran rambut yang kronik atau dikenali sebagai alopesia. Amin mengejutkan penonton berita di saluran TV9 selepas tampil dengan imej tanpa rambut atau botak ketika bersiaran. Alopesia menyebabkan keguguran rambut di bahagian belakang kepala secara bertompok-tompok dan dia memutuskan membotakkan kepala supaya kelihatan kemas.

View this post on Instagram

ALOPESIA? BOTAK? Apa tu??? 😜 . Soon abam akan share pengalaman abam & rawatan yang sesuai utk masalah Alopesia dan kebotakkan yang dialami oleh mungkin anda sendiri. Inshallah ada jalanNya. πŸ’š . ***sesiapa yg ingin join mendengar pengalaman abam & pakar dlm rawatan ini, inshallah soon abam akan kongsikan detailsnya . πŸ™‹ Anda bukan bersendirian, abam faham perasaan anda yg mengalami masalah sama ☺ . πŸ€— INI KISAH BENAR BUKAN PROPA 😊 . Boleh tag sesiapa yg berminat & ada masalah yg sama πŸ‘ . #aminhayat #abangbotak #strongboldhumble #iamalive @tingsong @joshchua78 @clique_clinic #alopecian #alopecia #alopeciaareata #alopeciaawareness #alopeciaboy #adajalannya

A post shared by AminHayat Rahim (@amintv9) on

Oleh kerana fesyen dan imej seseorang pembaca berita tidak boleh keterlaluan, Amin melalui saat-saat hampir berputus-asa untuk meneruskan kerjayanya. Ternyata keputusannya membotakkan kepala mendapat inspirasi dari kisah mendiang Julia Perez atau Jupe yang meninggal dunia kerana kanser.

Amin menjadikan Jupe sebagai idola pembakar semangatnya di mana ketika itu dia sedih kerana kondisi yang agak serius. Masih tidak berputus asa meneruskan rawatan masalah berkenaan, Amin turut terpanggil menyuntik kesedaran kepada orang ramai tentang alopesia. Menerusi Intagram akaun miliknya (Amin tv9) bakal membicarakan pengalaman dan rawatan penyakit ini melalui satu program tidak lama lagi.

Gambar Straitstimes

BACA  Perghh Mewah! Villa RM10k Semalam Ini Jadi Pilihan Nazim Othman
Artikel SebelumnyaPengacara TV Swasta ‘Naik Angin’ Dengan Fizo Omar?
Artikel SeterusnyaRani Kulup Ingin Melamar Dato Seri Vida Sebagai Isteri
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.