Selain pakaian, gaya rambut selebriti juga antara yang selalu mencuri perhatian. Pelbagai gaya rambut menarik yang telah digayakan mengikut trend terkini sehingga menjadi ikutan para peminat

Bukan gaya rambut sahaja, malah warna rambut turut menjadi fenomena dan ikutan sehingga ada selebriti yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk menukar warna rambut setiap bulan.

1. Aisyah Aziz

Pada mulanya, adik kepada penyanyi sensasi Aliff Aziz, Aisyah Aziz hanya ingin menggunting rambut. Namun tiba-tiba, beliau berhasrat untuk mewarnakan rambut dan telah menggabungkan dua warna kegemarannya iaitu ungu dan kelabu.

View this post on Instagram

dat hair tho #tb

A post shared by #esahsings πŸ‡ΈπŸ‡¬ (@aisyaah_aziz) on

Mengundang pelbagai reaksi dari peminat dan keluarga,beliau terus tampil memberi kelainan pada diri dengan mengenakan pelbagai warna lain pada rambut beliau termasuk penampilan beliau dengan rambut yang berwarna perang persis Marilyn Monroe.

2. Stacy

Stacy yang popular dengan lagu Pelangi Petang yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Akim Ahmad cukup dikenali dengan penampilan rambutnya yang cukup menarik. Bahkan boleh dikatakan setiap kali penampilan beliau di atas pentas, warna rambut yang berlainan dapat dilihat.

Walau bagaimanapun, menurut Stacy, beliau kini tidak boleh mewarnakan rambut dengan terlalu kerap kerana terdapat masalah rambut rosak dek kerana terlalu kerap menukar warna rambut

3. Nana Mahazan

Selepas hitam dan perang, Nana Mahazan turut menukar warna rambutnya berwarna hijau dan kehitaman.

Gaya terbaru Nana Mahazan yang berambut hijau ini kelihatan begitu sesuai dengan penampilannya.

4. Mell Sakura Band

Vokalis kumpulan Sakura Band, Mell yang kini sedang giat mempromosikan lagu terbaru mereka, Yaklniku kelihatan begitu comel setiap kali menukar warna rambutnya.

Sesuai dengan imej dan gayanya bersahaja, rambut beliau kini yang sentiasa berwarna warni mencuri perhatian setiap lensa diacara yang dihadirinya.

5. Datin Paduka Eina Azman

Pelakon dan juga ibu kepada pasangan kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini cukup sinonim dengan rambutnya yang berwarna keemasan bak puteri raja.

Terbaru, rambutnya kini berwarna perang ketika dilihat bersama suami dan anak – anaknya

Jadi apa pandangan anda? Di antara 5 artis berikut, rambut siapakah yang paling cantik?