Berita pemergian penyampai TV popular Doktor Ryan Thamrin mengejutkan masyarakat dan sudah tentu ramai yang masih merasakan kehilangan setelah hampir 3 tahun Doktor Ryan mengendalikan program di sebuah TV di Indonesia.

Ya, Doktor Ryan terkenal sebagai berpersonaliti baik dan kerap mendidik masyarakat mengenai topik kesihatan. Bahkan dua hari sebelum meninggal dunia, Doktor Thamrin masih sempat memberikan nasihatnya.

Hal ini boleh dilihat menerusi muat naik video di akaun instagramnya @dr_ryanthamrin. Ia berpesan kepada netizen jangan menilai seseorang dari fizikal. Sebab, sesuatu yang buruk, boleh berubah menjadi baik. Di mana Doktor Ryan menunjukan gadis dari korea yang digelar orangutan ketika waktu kecil kerana bentuk dagunya. Tetapi, setelah melakukan pembedahan, wanita itu menjelma menjadi wanita yang sangat cantik.

Berfikirlah positif..pesan saya jangan lihat orang lain dari fisiknya. Sayangi orang2 disekitarmu terlebih dirimu.. salam sehat
semoga jadi inspirasi.

Ringkas? Ya,  terlalu singkat untuk sebuah nasihat, tapi cukup mampu menyentuh hati orang yang melihat video yang dimuatnaik. Video inspirasi yang disaksikan 120 ribu pengguna Instagram itu tepat dua hari sebelum ia mengembuskan nafas terakhirnya.

Sumber Liputan6

Artikel SebelumnyaSaya Hampir Bunuh Mereka – Zizan Razak
Artikel SeterusnyaKisah 4 Artis Tampan Yang Ketagihan Adegan Seks Dalam Filem
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.