Fadza Anuar dan Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia keusawahanan. Kedua – duanya telah memberi pelbagai inspirasi khususnya kepada anak – anak muda melalui kisah perjuangan mereka dan kejayaan hab fesyen tempatan nombor 1 di Malaysia, FashionValet.

Kisah Percintaan 

Bermula dari sahabat karib dan menjadi suami isteri, kisah kedua – dua usahawan ini cukup menarik. Dengan menggunakan perbelanjaan sendiri hampir 100 ribu, mereka tekad untuk mengembangkan perniagaan FashionValet, yang dahulunya bermula hanya dengan 10 jenama tempatan. Bukan itu sahaja, Vivy Yusof juga pernah mengharumkan negara apabila satu-satunya wanita yang berhijab yang terpilih untuk mengenakan jenama mewah terkenal, Louis Vuitton.

Fashion Valet

Kini, jenama Fashion Valet berdiri megah dengan jenama – jenama antarabangsa yang lain. Bukan sahaja mempunyai butik fizikal di pusat membeli belah terkenal ibu negara, Pavilion. Malah, Fadza Anuar dan Vivy Yusof turut mengeluarkan jenama scarf mereka sendiri, Duckscarves menerusi dUCK Group yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Dato’ Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof

Kisah yang mengagumkan mengenai ibubapa kepada dua cahaya mata ini tidak terhenti disitu sahaja. Menerusi Tatler Malaysia, Fadza Anuar dan Vivy Yusof tersenarai sebagai 300 individu yang berpengaruh di Malaysia yang dilihat menggunakan ‘title’ penuh; Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof.

Menurut sumber, sebenarnya mereka berdua sudah lama mendapat ‘title’ ini, cuma mereka mengambil langkah untuk terus merendahkan diri.

Tahniah buat Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof! Semoga kisah mereka akan terus memberi inspirasi buat anak – anak tempatan

Sumber Malaysia Tatler

Gambar Instagram Fadza Anuar Vivy Yusof