Comel Bak Artis Korea! Anak Zulkifli M. Osman, Falla Zully Jadi Penyanyi

1.9K

Nama pengarah dan pelakon Datuk Zulkifli M. Osman sememangnya bukanlah asing dalam dunia pengarahan filem di Malaysia. Walaupun sudah lama kita tidak mengetahui perkembangan terbaru beliau, tetapi darah seninya yang mengalir dalam dirinya telah menurun kepada anak keduanya iaitu Puteri Nur Farra.

Datuk Zulkifli M. Osman

Kalau di TV, pasti ramai yang menonton iklan TV komersial jenama De’Xandra, produk wangian yang popular masa kini. Iklan tersebut menggunakan lagu dari Puteri atau dikenali sebagai Falla Zully yang berjudul ‘Aku Ada Kamu’.

Falla tampil dengan single pertamanya iaitu Aku Ada Kamu untuk sebagai pengenalan bagi memperkenalkan dirinya dalam industri hiburan tempatan.

Menurut laporan dari Mstar, Falla menggunakan khidmat komposer Reyza Hamizan dan lirik ditulis oleh Aiyad Sakti. Falla yakin single pertamanya itu dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan.

“Ia mengangkat tema biasa iaitu percintaan namun ia bukan sahaja tentang kisah hubungan lelaki dan perempuan sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk kepada Tuhan,” katanya.

Kini Falla berusia 21 Tahun, dan sudah bersedia bersedia untuk mendapat tempat dalam dunia hiburan yang diminatinya sehaj kecil lagi.

BACA  [VIDEO] Andi Bernadee Jadi Psiko! 'Donde' Trending Dalam Tempoh 24 Jam

Sebenarnya, Falla juga pernah menjadi model untuk beberapa jenama terkenal untuk iklan seperti Coca Cola, TNB, Fisherman’s Friends, DIGI, Mentos, dari sejak awal tahun 2010 lagi.

Jom lihat foto-foto comel Falla persis seperti penyanyi Korea! Setuju tak?

Sumber Mstar & Instagram Falla Zully