Semalam, pelakon cantik manis, Siti Saleha atau lebih mesra dengan Sally telah selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan beliau dengan pasangan, Ahmad Lutfi.

Bertemakan tradisi Melayu sebagai tema resepsi di sebelah pengantin perempuan, kedua – duanya kelihatan begitu cantik dan segak dengan persalinan songket melayu yang berwarna coklat. Ayuh lihat moment indah Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang berlangsung di PAUM Clubhouse.

Siti Saleha yang juga adik kepada penyanyi Sam Bunkface telah selamat dinikahkan dengan suaminya pada minggu yang lalu.

Sumber Dan Gambar  Instagram Siti Saleha