Siapa sangka, gadis cantik yang juga  pelakon dan model terkenal dari Indonesia, Raline Shah kini menjadi salah seorang Director syarikat penerbangan tambang murah terkenal , AirAsia menerusi hub Indonesia, AirAsia Indonesia

” Our new director in Airasia Indonesia @ralineshah . Smart creative humble . A real coup readying our company for IPO ..”

Berita ini telah disahkan oleh CEO AirAsia AirAsia Berhad , Tan Sri Tony Fernandes melalui akaun Instagram beliau

BEAUTY WITH BRAIN

Bukan sahaja cantik malah Raline Shah juga dikenali sebagai seorang yang pintar. Mendapat pendidikan di National University of Singapore, Raline Shah merupakan pemegang B.A in Political Science and New Media & Communications (Hons). Hebat bukan?

BERBAKAT BESAR

Selain aktif dalam bidang modelling, Raline Shah yang terkenal menerusi filem Surga Yang Tak Dirindukan juga berbakat dalam bidang nyanyian. Buktinya, beliau sendiri telah menyanyikan OST filem berkenaan yang berjudul Kekasih Disurga

Tahniah diucapkan buat Raline Shah! Untung AirAsia, tidak mustahil Raline Shah bakal diangkat menjadi role model kepada pramugari – pramugari AirAsia kerana model ini datang dengan full package!

Sumber Instagram Tony Fernandes Raline Shah