Baru-baru ini menerusi Instagram, adik perempuan artis Bollywood popular Salman Khan, Arpita Khan Sharmatelha berkongsi video comel pelakon berusia 51 tahun dengan anaknya Ahil di Instagram.

Di dalam video tersebut, kedua-duanya dapat dilihat nampak gembira lagi-lagi lihat Salman gomol bayi comel itu. Salman Khan berbaring di atas lantai dengan Ahil dan dia berguling di sebelah sambil memeluk anak kecil itu.

Dia juga kedengaran menyanyikan lagu-lagunya dari lagu filemnya pada tahun 2016. Arpita Khan Sharma telah memuatnaik video ini dan mengatakan bahawa dia adalah ‘adik perempuan yang paling beruntung di dunia’. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada di anugerahkan seorang abang yang sungguh penyayang.

Sumber NDTV