Tidak dapat dinafikan melakukan rawatan Veneer Gigi ketika ini menjadi trend di kalangan selebriti. Sejumlah artis ternama Malaysia ada melakukan veneer agar gigi terlihat lebih putih dan indah.

Hal ini membuatkan model dan bintang filem Gusti Rosaline tertarik untuk lakukannya. Artis yang lebih mesra dipanggil Ocha ini melakukan veneer gigi dengan harapan mendapatkan gigi yang indah, yang boleh mencantikkan penampilannya.

Namun malangnya, gara-gara veneer, hampir seluruh giginya rosak parah.

Sebenarnya Ocha melakukan veneer gigi dengan doktor yang tidak bertauliah. Bintang filem Rumah Bekas Kuburan ini akui kesilapannya. Veneer seluruh giginya, Gusti Rosaline menelan kos sebanyak RM12,000.

BACA  Janna Nick Dikecam Gara-Gara Kenakan Caj Berbayar Ucapan Untuk Peminat

” Tapi tak lama, gigi saya terus mengalami pendarahan, kata doktor sudah rosak teruk. Saya menangis dan rasa menyesal,” sambung Ocha.

Gusti Rosaline menasihatkan kepada orang yang akan melakukan veneer gigi harus berhati-hati.

“Sebelum veneer kita harus menjalani sesi konsultan dari doktor yang bertauliah. Karena tidak semua gigi boleh di-veneer. ¬†Jangan jadi menyesal seperti saya,” tutur Ocha.

Sumber Liputan6

Artikel SebelumnyaPenampakkan Hantu Annabelle Pada Wajah Ayda Jebat Jadi Tanda Tanya
Artikel SeterusnyaFaizal Tahir & 5 Selebriti Ini Bongkar Kisah Silam Sebelum Popular
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.